Ramadhan bulan tarbiyyah??


Rindu aku pada Ramadhan. Aku rasa, seperti tahun lepas, aku sayang sgt pada Ramadhan. Satu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Bila dah masuk syawal, aku rasa macam suatu kehilangan pulak.

Agaknya, biasanya, tahun-tahun sebelum ni Ramadhan aku lalui kat K.L/Putrajaya, jadi tak berapa nak rasa suasananya sangat. Bila dah kat kampung ni, meriah dia lain macam sikit. Ataupun maybe tahun ni aku tak berapa nak excited sangat nak sambut raya. So sebab tu kot aku lebih suka Ramadhan dari Syawal. Lagi pulak aku rasa macam rugi sangat kalau tak gi terawikh. Padahal time duk K.L, sikit punya liat nak pegi.

Kalau kat kampung, malam-malam memang happening. Budak-budak berlari-lari ke sana sini malam-malam hari. Tak takut langsung. Depa kata, nak takut apa hantu dah kena ikat.

Walau macam-macam jadi kat aku tahun ni, aku masih boleh bersyukur. Kerana apa yang terjadi lately sedikit sebanyak telah menampakkan aku ruang hikmahnya. Tahun yang mematangkan lagi aku dengan himpunan pengalaman-pengalaman baru.

Cuma satu ja yang aku tak berapa nak sedap bila ramadhan dah habis ni. Aktiviti membuka cerita dan mengaibkan orang muncul kembali. Aku tak nak terlibat. Aku minta maaf. Aku bukan la nak cas diri sendiri ni baik sangat. Tapi aku betul-betul tidak berminat.

Aku rasa semua orang ada peluang untuk membaiki diri. Walaupun peluang itu yang entah ke berapa kali dah untuk dia. Biarlah, yang penting dia ada daya usaha ke arah yang lebih baik. Nak jadi jahat ni senang je beb, nak jadi baik dan menten baik tu yang sangat payah sebenarnya.

Kalau kita nak jadi baik maka belajar-belajarlah berdamping dengan orang baik. Tapi kalau yang kaki minum, kaki clubbing, main pil, hisap dadah dan jenis yang boleh bawak ke bilik tu spesis kawan-kawan baik kita, maka jangan pulak kita marah kat orang lain, kalau tanggapan mereka terhadap kita pun sepesen dengan kawan-kawan kita tu. Walaupun kita tak buat pun benda-benda tu sebenarnya.

Kepada yang telah ditarbiyyah dek Ramadhan, aku ucapkan tahniah. Moga-moga kebaikan itu akan sentiasa kekal bersama kamu. Semua orang ada sejarah hidup. Baik yang elok atau tidak. Maka biarkah sejarah itu terus menjadi sejarah. Tidak ada manusia yang mempunyai masa lampau, tidak mempunyai masa depan. Yang penting bagaimana kita merancang untuk menjalani masa depan yang lebih baik nantinya.

Ayuh kita berdoa dan berusaha semoga kita sentiasa diberi kebaikan di dunia dan di akhirat jua.

2 thoughts on “Ramadhan bulan tarbiyyah??

  1. Ampunkan kami Ya Rabbul Alamin..semoga aku,kamu dan mereka tidak lagi terkhilaf seperti dahulu. Marilah menuju ke jalan kebenaran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s