raya yang tak berapa nak raya


Raya kali ni tak berapa nak rasa raya sangat bagi aku. Pertama maybe pasal ass-signment yang melampau banyaknya ni,, pastu kena prepare untuk final lak hujung bulan ni. Submission date pun hujung bulan ngan next week pulak tu. Surat untuk collect data pun tak hantar kat agensi terlibat lagi. Journal review untuk thesis pun tak siap lagi. Supervisor haram sekali lum jumpa pasal status In Progress aku sampai bulan 2.

Jadi kesimpulannya,, aku raya tahun depan je la. Tu pun kalau panjang umo. Kepada kawan-kawan yang panggil umah terbuka tu aku minta maaf la. Satu rumah pun aku tak gi beraya, kecuali umah mak sedara ngan ex-hosmet aku. Dua umah tu je. Ada la jugak aku terpegi kenduri kawin anak kazen aku,, dan seperti biasa soklan yang paling aku rimas ” ha, awak tu bila lagi???” Setakat tanya je,, kalau nak sponsor ke takpela jugak kan, kan???

Jadi semester ni dan depan adalah masa-masa aku yang paling sibuk. Takda masa nak ‘mengangkang’ kat umah ( tipu la kalau aku tak tido siang,, hehehehe). Kepada yang pernah mengalami saat sibuk seperti ini, mereka akan faham. InsyaAllah, kalau di izinkan Allah, proposal Phd pun akan aku cuba setelkan semester depan. Alang-alang sorang Prof nak bantu, syukur sangat. Mohon kawan-kawan kirimkan aku sedikit doa.

oh btw, sapa yang nak jadi part time lecturer leh hantar resume kat COLGIS UUM. Terutamanya yang keja kat Alor Setar.

Sekian dulu.

p/s: Kesian gf baru aku,, tak sempat nak di bawak beraya. Raya tahun depan i bawak you jalan-jalan ye yang..

3 thoughts on “raya yang tak berapa nak raya

  1. Sama la kikta..Aku siap demam lagi…So kesimpulannya..AKu pon nak mcm hang jugak la…. RAYA TAHUN DEPAN…Hehehe…
    Opps..Kembaq..Dah nak send proposal PhD?? Waaa…Tahniahhhh…. AKu tumpang Happy…Aku doakan hang BERJAYA!!! Aminnnnn

    1. JD; aku kol hang tak angkat pun.. .. btw hang tau depan raya berdua dah,,, kelepak kelepung kelepak kelepung (bunyi kompang).. PHd??? huih… lambat lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s