girlfriend ku kebasahan,,


Sian gf aku. Aku punya pasal habis dia kebasahan. Sudahlah diluar lencun, di dalam juga basah. Salah aku juga. Tak terpikir keadaan sekeliling. Main suka hati ja memperlakukan beliau sedemikian rupa. Maaf ya sayang. Lain kali aku lebih hati-hati lagi.

Sebenarnya,,beliau takde la basah teruk sangat. Cuma aku risau pasal air berkumpul kat door handle tu. Kat situ yang basah lencun pun. Risau takut effect wiring power window je. Entahla. Aku tak berapa kenal lagi dengan peel dia ni. Maklumlah, baru bersama berdua.

Kisahnya bermula sebab aku turunkan sedikit tingkap dia pasal sebelum tu panas terik. Terlupa lak pintu beliau takda visor cam gf lama aku si hitam manis tu. Dulu kalau setakat turun cermin camtu, sikit pun air hujan tak masuk. Nak tempias pun susah. Ternyata gf lama aku ada kehebatannya tersendiri.

Tapi kurang-kurang kalau jadi apa-apa kat gf aku ni,, beliau masih dalam warranty period. Kira ok la kan. Tapi leceh sikit la sebab Alor Setar punya dealer honda, customer servicenya tak berapa bagus. Tak mesra alam. Claim balik deposit sampai sekarang pun tak dapat-dapat lagi cek nya. Pehtu eksyen plak. Maklumlah, itu je satu-satu dealer Honda yang ada kat alor setar. Take it or leave it.

sekian dulu cerita gf ku kebasahan. Esok kalau tak hujan, akan aku mandikan beliau. Comot sangat dah aku nengok dia ni. Tu pun kalau sempat la. Pasal next week dah final exam ngan hantar last assigment. Pastu lehla aku bawak dia jalan-jalan kat KL.

p/s: Bilakah minggu melantak ini akan berakhir,, berat ku telah pun mencanak-canak naik… huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s