suatu petang di kopitiam..


Petang tu aku teman dia mencari barang. Banyak pulak yang hendak dicari. Penyangkut senduk la, bekas sos la, tikar getah la.. Sliper jamban la. Pendek kata macam-macam… Hujan dari pagi, kejap henti kejap turun. Lepas kitaorang beli semua barang keperluan dia, aku terasa nak minum kopi o kaw. Jadi tempat yang paling dekat dengan tempat parking keta aku ialah sebuah kopitian.

Korang jangan main-main kat Changlun ni, siap ada kopitiam tau. Budak-budak kelas aku kata, makanan kat sini sedap. So aku rasa macam nak try. Maka kami pun masuk la ke dalam. Tipikal pelayan melayu, takdak la mesra sangat. Ala-ala masih merasa tuan di tanah melayu ni.

Yang aku nak ceritakan ni bukan pasal kopitiam. Tapi pengalaman pertama aku dipayung dalam hujan oleh seorang perempuan ke kereta. Huh! kalau mengikutkan hukum alam, sangatlah tidak gentlemannya aku. Adaka pompuan pi payung aku masuk keta, then baru dia pulak yang masuk. Sepatutnya lelaki la yang buat gitu.

Tapi itulah keistimewaan dia kepada aku. Insan yang menjentik rasa bila dia suka kepada yang bukan kebiasaan. Siap dia kata, apa masalahnya kalau wanita pula yang ‘memayungkan’ lelaki. Kan ini perkara kecil. Diluar sana banyak lagi perkara kecil yang diluar kebiasaan. Biasa ja.

Apa-apa pun, inilah pengalaman pertama aku, dipayungkan seorang wanita.. Dia, yang tak banyak meminta, tak banyak komplen apa lagi mengungkit. Dia yang meyejukkan hati aku.

Tidak timbul soal pengganti, tidak timbul soal serasi. Tak kisah la dia siapa pada aku tapi yang penting dia mampu meredupkan hati aku. . mahu menerima aku seadanya.

5 thoughts on “suatu petang di kopitiam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s