Gf ku kecederaan…


Bunyi tajuk macam gempak ja. Padahal tarak apa2 pun. Gaya je lebih. Apa kaitannya tajuk entry dengan peristiwa yang berlaku?? Begini ceritanya,,,

Sebenarnya Gf aku telah di langgar lari oleh satu makhluk puaka dibahagian bontot beliau yang mantop itu. Aku pun tak perasan. Tak ada scratch langsung ditambah dengan keadaan beliau yang telah sebulan tidak dimandikan. Bila kena dan kat mana kena pun aku tak sure.

Cemana aku leh perasan?? Ni sebab aku pegi kedai tempat aku beli keta ni semalam. Aku singgah sebab nak amik segala dokumen ngan free gift yang en salesman janji nak bagi tu. Jadi, alang-alang aku kat sana,, aku komplen la pasal aerokit keta ni yang tertanggal sikit getahnya. Patutla jadi gitu,, rupa-rupanya, bumper keta tu dah renggang sikit.

So, apa nak buat,, pasrah je la. Sakit hati?? adatla, mesti la sikit sakit kan?? Tapi bila aku pikir-pikir balik, takpela,,, sikit je pun. Keta ni pun bukan aku yang punya. Allah pinjamkan kat aku kemudahan ni. Setakat Dia izinkan kejadian calar, kemik sikit-sikit tu biasa la. Lebih baik daripada kalau Dia kasi yang lebih teruk.

Btw, sapa-sapa nak beli keta,, bleh aku rekemenkan kat salesman ni. Memang bagus keja dia. Keta aku ni pun dia hantar dari Penang ke Alor Setar. Deliver keta kat aku siap dengan bank approval within 1 week je. Kalau korang nak pasang aerokit ke, tinted ke, selamba je dia setelkan. Kemudian-kemudian baru korang bayar.

Servis dia memang bagus. Aku puji. Aku plak yang rasa bersalah sebab lambat bayar hutang kat dia sebab bz ngan exam/assigment. (Cemana orang2 yang berhutang dengan aku tak rasa bersalah nak bayar balik duit aku ek??)
Semalam pun, sementara nak tunggu dorang baiki keta aku, mamat ni siap tolong hantarkan aku ke Queensbay Mall. Then, lepas keta aku siap, dia tolong hantar pulak keta ni kat aku.

Moral:

1. Kalau ada customer pakai selekeh masuk showroom, jangan la di pandang rendah wahai encik2 Salesman H**da yang bertempat di Alor Setar. Silap-silap mamat/apek/uncle ni ialah seorang Pakcik yang Kayo…

2. Walaupun aku tak kayo, tapi salesman Honda penang memang pegang slogan dorang “customer is the King”. Indeed, I felt like a King then. ( ok aku promote la kedai korang yang bernama Viva Hill Auto- Nama kedai Viva, jual Honda,,, tak paham aku)

3. Apa yang kita ada hari ni semua Dia yang pinjamkan. Toksah la kita nak”membelagakkan” diri. Feeling-feeling diri macam hebat sangat dengan apa yang kita ada skang ni. Segala-gala yang kita ada adalah “HAK MUTLAK” Allah jua. Walaupun dalam geran tanah, geran keta, rumah, buku bank terang-terang tertulis nama kita. Termasuk juga la jawatan kita yang tinggi-tinggi tu.

4. Kalau kita rasa kita cukup hebat bawak keta besar, drive macam pelesit, cucuk2 keta orang, bagi high beam tak menyempat2, selit sana sini, korang ingat Allah nak kagum??? kirim salam… Silap-silap malaikat maut pulak yang berkirim salam.

Sekian dulu dari saya yang ikhlas. heheheh.

p/s: kari kepala ikan kat Pan Mutiara memang sedappppp… mavales.. sila tunggu next entry ya untuk maklumat lanjut..

2 thoughts on “Gf ku kecederaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s