kesan kenaikan berat badan terhadap ekonomi dunia,,


Puan,

Saya dengan rendah hati melahirkan rasa kesal di atas kenaikan jumlah kilogram yang telah berlaku pada diri puan baru-baru ini. Sesungguhnya kenaikan ini adalah bersifat sementara dan masih lagi rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain serta tidak membebankan rakyat.

Sekiranya puan tidak berpuas hati  di atas kadar kenaikan ini maka puan boleh menyalurkan maklumat ini kepada Pusat Sukan Universiti atau Gymnasium yang berhampiran bagi tindakan susulan yang sewajarnya. Untuk makluman puan, Kerajaan tidak lagi mampu untuk menyerap kenaikan kilogram puan disebabkan kenaikan harga bahan api dunia. Puan dinasihatkan mengurangkan penggunaan bahan api fosil bagi meminimakan carbon footprint terhadap alam sekitar serta menyahut seruan Kerajaan dengan menjalani gaya hidup sihat. Menggunakan tangga untuk ke bilik puan dan berjalan ke Mall dari COLGIS dijangka dapat meningkatkan tukaran nilai stamina puan berbanding dollar amerika.

Oleh kerana rizab lemak puan semakin bertambah maka, puan dinasihatkan untuk melakukan Outcome Base Bajet (OBB) bagi mengimbangi defisit kilogram ideal yang sepatutnya puan ada. Puan juga boleh menggunapakai KPI sebagai petunjuk prestasi puan untuk mencapai berat badan ideal (BMI) yang sepatutnya. Pelan transformasi Kerajaan (GTP) boleh dijadikan contoh perancangan strategik puan untuk mencapai objektif, dan melihat outcome dan impak daripada usaha puan untuk mengimbangi kadar kenaikan.

Sehubungan itu saya mencadangkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Menteri perlu ditubuhkan bagi mengkaji beban puan dan orang-orang yang senasib dengan puan. Hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada kabinet dengan harapan satu peruntukkan berjumlah RM40 juta dapat diberikan bagi membina pusat menurunkan berat badan 1 Malaysia setinggi 100 tingkat yang mempunyai fasiliti bertaraf dunia seterusnya menjadikan Malaysia  sebagai hub aktiviti ini untuk negara-negara ASEAN.

Dalam hubungan ini Bank Islam UUM boleh mengeluarkan sukuk kepada individu-individu yang berjaya menurunkan berat badan dan pembelian sukuk ini akan dikecualikan cukai.  Saya juga berharap dengan adanya jawatankuasa ini maka kita akan dapat memberi tekanan kepada Kerajaan supaya bahan makanan kesihatan untuk diet  (seperti formula Dr Rozmey) dan krim pelangsing Halia (dunia herb), krim pembesar dan pengecil payu dara dan lain-lain produk yang bermotifkan kesihatan seksual ( yang terang-terang menjentik kesopanan peradaban masyarakat melayu/timur) dapat dijadikan sebagai barangan yang dikecualikan cukai pada bajet 2012 sebaris dengan pewarna rambut, beg tangan dan seluar dalam sepertimana yang diumumkan oleh PM dalam bajet 2011 baru-baru ini.

Saya percaya kesungguhan masalah puan akan mendapat perhatian Kerajaan sewajarnya. Puan boleh hubungi Biro Pengaduan Awam sekiranya puan merasakan tidak mendapat layanan yang  adil oleh penjawat awam.

Sekian terima kasih.

Satu Malaysia,

Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.

3 thoughts on “kesan kenaikan berat badan terhadap ekonomi dunia,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s