betul la


Betul la. Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Macam banjir kat umah aku, banyak hikmahnya. Antaranya aku faham, Allah mahu sampaikan mesej kepada aku  bahawa tiada apa yang mampu menghalang kuasanya. Walau sehebat dan setinggi mana kedudukan kamu sekalipun. Banjir kali ini menenggelamkan hampir 80% rumah hatta rumah-rumah orang-orang yang berpengaruh Kedah ni.

Dalam hidup aku, sehingga ke hari ini, aku cuba melihat sesuatu dari sudut yang positif. Aku masih mencuba. Sekiranya aku ditimpa musibah, itu adalah kifarah dan peringatan Allah terhadap aku. Tiada sesuatu yang Allah jadikan tidak ada hikmah disebaliknya. Samada kita mahu berfikir dan menerima yang semuanya itu ketentuanNya.

Pernah suatu ketika, aku merasakan yang aku adalah manusia yang yang paling sedih. Aku pernah bertanya kepada tuhan. “Dalam banyak-banyak manusia, kenapa aku yang ditimpakan ujian sebegini”.  Tetapi aku lupa yang akulah punca segalanya. Aku lupa muhasabah diri. Aku lupa yang aku ini hanya makhukNya yang lemah lagi dhaif.

Kata orang, kalau kita fikirkan nasib kita kurang baik, sebenarnya ada lagi yang lebih kurang benasib baik dari kita. There always people above us and below us. Kalau kita rasa kita hebat, ada lagi jauh lebih hebat daripada kita.

Semalam aku ditunjukkan Alllah kebenaran kata-kata itu. Allah tunjukkan aku sesuatu yang membuatkan aku berfikir betapa nasib yang menimpa aku jauh lebih baik. Selalu Allah tunjukkan aku sesuatu bilamana aku sedikit terleka untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Terima kasih Allah kerana selalu mengingatkan aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s