Si kuat dan si lemah


Darwin, sorang realist, telah lama mewar-warkan idealogi ini dalam tulisannya, survival of the fittest. Beliau mahu memberitahu bahawa semua manusia boleh menjadi sehebat bangsa aryan yang mendukung idealogi Spartan. Sebuah bangsa yang tidak terkalah oleh selautan solsadu Parsi. Bangsa yang meletakkan syarat, tiada tempat kepada yang lemah, kalau berkira-kira mahu  nadi terus berdenyut.

Tidak ada tempat kepada yang masih dengan idealogi cereka Hindustan. Moga-moga mereka dapat bangkit dari dibuai lagu-lagu indah. Moga-moga mereka terjaga dari mimpi asyik masyuk kuasa cinta uda dan dara. Cerita cinta terindah protagonist yang pasti dapat menewaskan antagosnisnya,,, demi cintanya kepada sang dara.

Realitinya tidak begitu. Realitinya kehidupan selalu membenarkan kata-kata Darwin.

Dalam alam realiti, yang baik tidak selalunya menang  dan yang jahat pula selalunya diangkat menjadi juara. Yang lemah akan terus ditindas dan ditekan. Itulah hakikatnya. Sepahit mana pun ia, jika tak terluah, harus ditelan jua. .

Dunia realiti yang bertuankan pangkat dan bertemankan harta dan wang ringgit, bertuhankan nafsu dan bertopengkan agama. Siapa yang berani memperjuangkan kebenaran andaikata kebenaran itu akan membinasakan diri dan keluarganya?? Kalau begitu menjadi bisu itu lebih selamat dan menjadi buta itu lebih berkat.

Mahu tidak mahu aku harus tempuhi semua ini. Menjadi seorang aku, berpegangkan sebuah prinsip hidup tidaklah semudah yang disangka. Kesungguhan menjadikan mimpi itu sebuah kenyataan memerlukan pergorbanan dan air mata. Inilah yang dinamakan perjuangan untuk hidup. Sesungguhnya perjuangan aku belum selesai, dan tak akan pernah selesai. Aku pohon titipkan sepotong doa, buat bekalan meneruskan kehidupan.

titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s