salam iduladha


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan salam Iduladha kepada semua bloggers, para pembaca yang singgah di page aku seterusnya seluruh umat islam tanpa mengira bangsa dan keturunan.

 

Sesungguhnya Iduladha bukan setakat sebuah perayaan kepada umat islam. Iduladha memberi kita sebuah pengertian untuk kita fahami erti sebuah pengorbanan lebih dari sebaris kata-kata dan ucapan selamat. Hanya orang yang merasai perit pedih sebuah pengorbanan itu sahaja yang tahu apa itu erti pengorbanan yang sebenarnya.

 

Aku? Pengorbanan aku tidak selayaknya jika mahu dibandingkan dengan  pengorbanan yang dilakukan mama terhadap aku. Aku sedar, tidak terbalas segala pengorbanan arwah terhadap aku, sehingga aku mampu untuk berdiri ke tahap ini. Tiada balasan yang selayaknya untuk dia kepada kami melainkan syurga, insyaAllah.

 

Aku juga pernah berkorban. Tapi biarlah kisah pengorbanan itu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup aku. Kalaupun pengorbanan aku tidak dapat memberi kebahagiaan buat aku, sekurang-kurangnya ia mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

 

Sekali lagi, aku ingin mengucapkan salam Iduladha untuk semua. Semoga hidup kita sentiasa diberkati olehNya. Amin.

 

 

 

 

One thought on “salam iduladha

  1. Setiap insan pernah berkorban. Pengorbanan yang lahir dari hati yang suci dan ikhlas diharapkan dapat menenangkan jiwa dan akal fikiran. Semoga kebahagiaan yang terhasil dari pengorbanan aku, kamu dan mereka tidak disia-siakan. Berlapang dadalah kerana sesungguhnya Dia Maha Adil dalam merencanakan sesuatu Lagi Maha Mengetahui. Salam Aidiladha dariku untuk kamu, mereka dan semua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s