memberi sepenuh hati- aku manusia biasa..


Kalau menerima separuh hati apatah pula kalau memberi.

Menyingkap tabir hegemoni emosi manusia yang serba kompleks. Punya keunikan DNA nya yang tersendiri. Susah mahu menyifatkan suatu sifat dengan tepat dan lengkap. Seribu teori sekalipun tidak akan mampu merungkai secara pasti kandungan isipadu peribadi makhluk yang bernama manusia, sebuah ciptaan Tuhan yang paling mulia.

*****

Aku manusia biasa. Aku bukan siapa-siapa. Aku tidak ada kepentingan dan tidak mencari kepentingan. Kalau mahu menjadi sahabat aku, silakan. Kalau tidak sudi,, apa yang boleh aku katakan.

Aku manusia biasa. Aku bukan siapa-siapa. Kalau mahu datang, datanglah.. kalau mahu pergi, pergilah. Kalau terasa mahu mencari,,, aku tetap disini.

Aku manusia biasa. Aku bukan siapa-siapa. Aku telah biasa diangkat, biasa dijatuhkan, biasa dipuji apatah lagi diumpat keji. Hari ini, jalan yang berliku ini,, harus juga aku tempuhi . Aku suka, aku tidak suka, aku harus laluinya sendiri.

Aku manusia biasa. Aku bukan siapa-siapa. Hati aku satu, jiwa aku satu. Semua yang aku ada milik Dia yang satu. Sampai masa nanti, semuanya akan aku kembalikan kepada Dia yang satu itu.

Aku manusia biasa. Aku bukan siapa-siapa. Hidup aku di dunia pun bukannya lama mana. Sampai masa aku akan dijemput yang Maha Esa. Bila di alam sana, aku teringin mahu bertemu mama dan papa. Aku rindu mereka.

Aku manusia biasa. Aku bukan siapa-siapa. Samada aku bersedia atau tidak.. sampai masanya tidak dicepat mahu dilambatkan sesaatpun jua. Tiada tembok yang boleh menahan jemputanNya.

Aku datang ke dunia dengan tiada apa-apa… aku dikembalikan nanti juga tidak punya apa-apa..  kerana aku manusia biasa, hambaNya yang dhaif lagi penuh dosa..

Allahuakbar Allahhuakbar Allahuakbar walillah ilham..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s