tolong..


“Mood oh! mood..”  tolong la datang..

Mood ini bukanlah singkatan nama manusia yang bernama Mahmood atau sejenis kaum yang bernama Tsamud..

Mood nak menulis ni tak datang-datang lagi. Puas aku seru, puas aku jampi tapi yang datang  cuma… ” Tora datang lagi…”!!!  Facebook aku dah kuatkuasakan pengharamanya buat laptop aku mulai 1 Disember sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Payah rupanya nak menulis thesis ni, aku ingat senang ja. Tengok selambe je dorang buat tebal2. Aku nak cari 10 pages pun nak terkeluar urat belikat. Soalan2 Assigment pun susah macam tuttttt!!! Buatla soalan senang sikit, macam soalan2 PJJ ke. Sebuat pasal PJJ ni teringat petang tu aku borak-borak dengan rakan sekelas pasal sorang lecturer ni.

Dia ni memang power bab2 public financing.. Kitaorang dapat banyak knowledge daripada kelas dia. Prinsip2 keilmuan itu memang betul2 diterapkan dalam kelas dia. Bukan setakat kejar gred semata-mata.

Kalau tidak jadilah tujuan PJJ di UUM, (pengajian jarak jauh). Bukan sebab nak kejar keilmuan tetapi nak dapat degree sebab nak naik pangkat. Ini yang jadi isu dalam perkhidmatan awam. Sesetengah penjawat awam, amik degree sebab nak jadi pegawai. Nak naik pangkat. Selalu kita dengar isu ni dalam skim perguruan (DG) (pasal cerita dorang ni selalu masuk suratkhabar.)  Sesetengah guru dapat degree macam dapat PhD. Akhirnya program pengijazahan guru dah jadi program bantuan naik pangkat, bukan program untuk guru tambah ilmu. Kalau tak dapat naik pangkat mulalah bising, ungkit pasal dorang penat2 belajar tapi tak diberi peluang naik pangkat.

Tapi takleh nak salahkan dorang jugak. Sistem perkhidmatan awam dan politik negara dah macam tu. Nak-nak sekarang ni tren mencari populariti. Semua nak popular. Dari Menteri sampai la ke guru besar. Prinsip dan pegangan tolak tepi. Akhirnya penjawat awam dibimbing kepada hala tuju yang tidak menyeluruh. Mencari sekeping ijazah hanya untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk kebaikan organisasi. Bagi aku, jika ini arah tujuannya maka ia merupakan satu proses institusionalisasi (institutionalizing) yang salah dan tersasar.

Sebab itu, ayat standard kebanyakan “orang biasa”  (layman) bila aku kata aku tengah sambung master ..”Wah, lepas balik opis ni boleh naik pangkat la ya,” Nampak..?? Bukan sorang dua yang sebut perkara ni kat aku.  We’ve been indoctrinated, institutionalized by that kind of thought. Sedih, kalau inilah pemikiran yang telah ditanamkan dalam kepala penjawat awam kita. Budaya yang mendukung idealisma kapitalist- materialist.

Ayuh kita kembalikan  prinsip keilmuan.  Dengan itu aku percaya, pepatah melayu ” ikut resam padi, semakin tunduk semakin berisi” akan kembali segar menjadi budaya 1 malaysia.  Kerana hanya orang yang benar-benar berilmu itu tahu bahawa semakin kita mencari  ilmu, semakin banyak pula yang kita tidak tahu. Maka oleh itu semakin passionate pula kita untuk mencari ilmu.

Sesunggunya Ilmu Allah itu maha luas. Tidak habis ditulis walaupun 7 lautan tinta sekalipun. Kejarlah ilmu. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s