tempat nak pergi, benda nak buat…


Aku percaya ada antara kita ada banyak tempat yang teringin korang nak pergi. Tak kira la dalam Malaysia ke luar Malaysia. Tempat yang korang nak pergi sebelum korang mati. Sebagai orang Islam mesti la korang teringin nak pergi Mekah kan.. yang tu sohih dah. Tapi maksud aku, tempat-tempat pelancongan yang lain. Tempat korang nak berjalan-jalan makan angin.

Aku ada banyak tempat yang aku nak pergi. Aku dah listkan. Ada yang aku nak pergi sebelum aku settle down, ada yang aku kena postpone nanti-nanti sebab kos dia boleh tahan. Keja gomen ni gaji berapa sen sangat. Kena la simpan sikit-sikit kalau nak gi tengok tempat orang.

Aku ada plan lepas masuk keja ni aku nak pergi somewhere. Aku dok survey tiket. Dorang cakap kalau beli tiket awal-awal ni murah sikit untuk travel tahun depan. So skang ni aku  dok survey la harga satu tempat yang aku nak sangat pergi. Dari kecik2 pun aku teringin sangat nak pergi. Maklumlah orang kampung, orang susah macam aku kalau dapat pergi tempat tu kira happening habis la. Padahal kat sesetengah orang pergi tempat tu macam balik kampung sendiri dah pun.

Lagi satu aku suka pantai. Bunyi ombak memang menenangkan aku. Nak-nak kalau malam-malam lepak tepi pantai sambil layan blues. Orang Kedah macam aku ni tak biasa dengan pantai. So kalau nampak pantai tu mcam best gila. Ada gak cadangan nak pergi pulau sebelah pantai timur. Tapi dinasihatkan pergi lepas bulan 2.

Oleh yang demikian terpaksala aku ke langkawi saja. Hemmm!!! Cakap pasal Langkawi ni aku dah ada member baru kat sana. Aku yang ramah tamah ni biasa la.  So kalau pergi sana  lagi tak la kena kelentong sangat. Alhamdulillah  kiranya.

So lepas habis cuti sekolah ni aku dah berkira-kira nak ke sana lagi. Skang umat Muhammad ramai sangat kat sana. Dalam bulan 1 tu lapang la sikit. Kali ni biar aku yang atur semua aktiviti. Hangpa jangan pandai-pandai ubah last2 minit na. Satgi aku pelangkong kepala hangpa satu-satu.

Terima kasih pada my school mate yang tolong aku arrangekan transport dan ambil tahu hal aku kat sana. Thanks juga kepada kawan baru aku yang comel, yang tolong aku re arrange everything, walaupun dia pagi2 dah breakfast tebuan tapi senyum tak pernah lekang. Next month i see you there k.

Ada sapa-sapa nak ikut??? heheheeheh

p/s;  Ada suara2 sumbang dibelakang berbunyi ” kasi habis dulu thesis tu kot,,, asyik nak berjalannnnnnnnnnnnn je…” — suara siapakah itu??? tettttt!!!!!

6 thoughts on “tempat nak pergi, benda nak buat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s