“selamat hari lahir anak mama”


Aku rindu dia ya Allah. Aku teramat merindui dia. Setiap hari aku rindukan dia.

Esok… 1 januari adalah hari lahir pertama aku tanpa dia. Tanpa senyuman  dia. Tanpa ciuman dia. Dia yang tidak pernah gagal untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk aku. Tidak pernah gagal walau sekalipun.

Aku rindukan dia…. yang bergelar mama..

Mama,

Terima kasih kerana melahir, membesar dan memberi sepenuh kasih sayang kepada paksu.  Ini adalah kali pertama hari lahir paksu tanpa ucapan dan ciuman mama. Paksu rasa hidup Paksu sangat tidak lengkap. Paksu terasa sangat kehilangan mama. Memangla Paksu anak mama yang paling manja. Sudah besar pun makan bersuap lagi. Tidur diriba mama lagi. Dah memang paksu manja, nak buat macamana.. kan mama kan…

 

Mama,

Tadi lama Paksu termenung  mengadap kerusi roda mama. Ternampak-nampak mama duduk dikerusi roda mengadap muka pintu menunggu cucu2 mama pulang dari bermain. Kerusi roda tu pun dah kotor sedikit. Kena lumpur masa banjir baru-baru ni. Mana yang dapat,, Paksu sental la sikit-sikit kerusi roda tu. Mana tau esok2 berguna lagi.

 

Mama,

Paksu tau Paksu kena kuat. Paksu tak boleh menangis. Tapi Paksu tak tau macamana  nak tahan air mata ni dari menderu laju. Dulu kecik2 mama selalu cakap, tahi lalat di bahu kanan tandanya Paksu perlu pikul tanggungjawab yang besar dimasa depan. Waktu itu paksu tak faham apa yang mama cakapkan. Paksu anggukkan saja. Paksu iyakan saja apa yang mama kata.

Nah,

Sekarang baru paksu tau apa maknanya semua itu. .. apa maknanya tanggunjawab. Life is not about me and myself only. Disekeliling Paksu ramai lagi yang perlu diberi perhatian. Paksu tau ada insan yang faham dan ada yang tidak mahu faham. Paksu tak kisah. Apa yang penting hidup kena terus.

 

Mama,

Terima kasih kerana memberikan paksu pelajaran yang sempurna.Walau kita tidak ada harta, dengan berkat pelajaran inilah Paksu diberi keupayaan oleh Allah untuk bertatih ke tahap ini. Biarpun belum boleh dibanggakan, tetapi Paksu tetap bersyukur. Inilah hasil pengorbanan dan air mata mama. Biar kita miskin harta tapi kita tidak miskin jiwa. Tidak pernah sekalipun kita meminta-minta.

Berkat kesungguhan mama, paksu dapat genggam ijazah, insyaAllah lepas ni menyusul dengan ijazah sarjana. Paksu dah beli kereta, biarpun kecik, cukuplah memberi kemudahan untuk paksu bergerak ke mana-mana. Paksu pun dah beli rumah, biarpun kecik cukuplah menjadi tempat berlindung hujan dan panas.  Cuma Paksu tak sempat nak penuhi impian mama yang ‘satu itu’ sebelum mama menutup mata. InsyaAllah mama, kalau jodoh tidak kemana.

 

Mama,

Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa Paksu. Terima kasih kerana menunjukkan Paksu jalan bila Paksu betul2 buntu. Terima kasih kerana datang dalam mimpi Paksu dengan sekuntum senyuman.

Paksu sayang mama. Andai kata boleh ditukar dengan nyawa, paksu rela demi melihat mama bahagia. Damailah mama disana. Paksu iringi mama dengan doa. Semoga mama dan papa ditempatkan dikalangan para shuhada dan aulia’. Nantikan Paksu ya mama, nanti kita bertemu disana. Tak sabar rasanya hendak melepas rindu di dada.

 

Mama,

Terima kasih sekali lagi kerana melahirkan paksu..

 

“selamat hari lahir anak mama” – ucapan yang aku tunggu setiap tahun.. ucapan yang tak mungkin lagi aku dengar untuk selama-lamanya…

Ya Tuhan, PAKSU RINDU MAMA…

4 thoughts on ““selamat hari lahir anak mama”

  1. Hang baru j buat aku menangis… Dah la aku nih murah ayaq mata…. Huhuhu…. Ki… Aku pon rindu mak aku…. Huhuhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s