kak limah..


Dah lama aku tak tengok wayang cerita melayu. Last aku tengok cerita Legenda Budak Setan yang ntah hapa2. Harap cinematografi je gempak. Tapi kaw2 punya menghina minda. LBS boleh aku kategorikan sebagai filem cinta syok sendiri. Maaf.. tapi itulah hakikatnya.

Tapi kali ni aku salute dengan Mamat Khalid. Memang gempak cerita Hantu Kak Limah balik rumah. Memang kena dengan apa yang khalayak  melayu Malaysia nak. Satu filem yang santai tak payah pikir banyak2. Tapi Mamat Khalid ni bijak. Dalam santai2 cerita ni, dia ajak juga kita berfikir dengan dialog-dialog sinis dalam filem ni. Tu pun kalau nak pikir la. Kalau taknak pikir tengok ja filem2 sampah melayu yang bersepah2 kat wayang skang ni.

Ironiknya filem ni, yang kita sangka hantu itu sebenarnya orang dan yang kita sangkakan orang itu sebenarnya hantu.  Memang kelas la garapan Mamat Khalid.

Lawak dalam filem ni juga tidak menghina minda. Lawak yang  terkeluar dari lawak slapstik senario dan apek gitu2. Tapi lawak tetap lawak. Teringat aku sitkom pi mai pi mai tang tu. Dialog aja dah lawak.

Ni bukanlah satu review filem, tapi sekadar melahirkan kekaguman aku kepada satu karya seni anak melayu. Tak perlu sebuah filem yang dialognya melankolik, dan puitis untuk melahirkan sebuah filem yang unik dan bermesej. Yang penting, tidak merendahkan intelek anak melayu. Tidak perlu aksi rempit korner baring untuk memberi mesej bahawa buruknya rempit ; macam yang beliau buat dalam filem zombi kampung pisang.

Mamat Khalid sememangnya berada dalam kelas beliau yang tersendiri… Kudos to him. Silalah tonton filem ini. saya jamin, RM10 ringgit anda tidak terbuang sia-sia—-> terbuang sia-sia macam filem The Tourist yang hampeh… titik.

4 thoughts on “kak limah..

  1. Dina; ajak la myrul.. dia tak tengok lagi
    ecah; ya betoi
    JD; aku baru berkesempatan nak tengok… sebaik ada lagi kat cinema

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s