manusia dan evolusi


Manusia ni satu makhluk unik yang boleh/masih hidup beribu2 tahun semenjak kewujudan mereka. Kenapa? Kerana manusia bijak berevolusi. Di mana mereka tinggal, di situ mereka sesuaikan dengan kemampuan ikhtiar hidup. Kerana itu manusia tidak pupus seperti dinosour.

Hari ini kita mencanang kita kenal orang itu, kita kenal orang ini. Kita telah kenal hati budi. Kita telah kenal perangai dan peel. Kita kenal segala-galanya tentang dia. Kita rasa kita akan kenal dia untuk selama-lamanya.

Sebenarnya kita silap. Manusia berevolusi. Ia akan berubah mengikut keperluan kendiri. Kerana sifat fitrahnya,  manusia perlu kepada evolusi. Evolusi diri. Samada evolusi itu memberi kebaikan atau tidak bergantung kepada situasi.

Hari ni kita kenal dia dengan sifat sedemikian, tapi 20 tahun akan datang tidak semestinya sifatnya masih seperti dahulu. Hakikatnya, orang yang kita kenal tidak berubah, dia hanya berevolusi.

Dulu waktu student, perangai begini, begini. Bila dah keja perangai begitu-begitu pulak. Taste, dressing, cara bercakap, bergaul dan lain2 mungkin bertukar corak. Cara mereka memandang masa depan juga lain. Cara merancang kehidupan pastinya berbeza, apatah lagi cara mereka berfikir.

Manusia perlu berevolusi untuk kekal survive dalam persekitaran yang memerlukan mereka berevolusi. Menyesuaikan diri adalah satu proses maha penting untuk menjamin kelestarian hidup.

Jadi;  kalau anda merasakan kawan yang kita kenal dulu dah sedikit lain sekarang, bukan bererti dia berubah hati tetapi dia perlu berevolusi.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum adalah sebahagian peribahasa orang tua2 bagi menggambarkan  peri pentingnya sebuah evolusi.

Yang pastinya evolusi bukanlah sebuah hipokrasi. Ia adalah proses semulajadi surviving makhluk yang bernama manusia. Kamu dan aku, suka atau tidak kita perlu kepada evolusi. Gagal memahami hakikat sebuah evolusi bermakna kita gagal untuk memahami fitrah makhluk yang bernama manusia.

Cuma satu pesanan aku untuk diri sendiri, Dalam kita berevolusi, jangan lupa asal usul diri sendiri. Dari tanah kita datang dan kepada tanah kita akan dikembalikan. Yang kekal bermanfaat sampai bila2 hanyalah evolusi amalan semata-mata..

 

“Dunia tidak hanya berevolusi tanpa kita bersama-sama mengambil bahagian dalam evolusinya..”

 

haih.. apa2 lah..

4 thoughts on “manusia dan evolusi

  1. Just sharing..kan Sharing is Caring =)

    Manusia diciptakan Tuhan Semesta Alam. Asal dari saripati tanah > nutfah > alaqah > mudgah > sehingga akhirnya menjadi makhluk yang paling SEMPURNA dan sebab tue, kita sebagai manusia wajib bersyukur atas kurniaNya. (Manusia dan evolusi …tepuk dada tanya iman dan akal..) atau manusia itu sendiri yang sengaja meng’evolusikan’ diri masing2.walau camana sekalipon,yang nyata kita sebagai hambaNya harus kembali kepada tujuan asal penciptaan manusia,iaitu sebagai khalifah di bumi Allah swt..selain kembali kepada fitrah manusia..tp tak semua kita macam tue kan?Kadang2 hidup tanpa tujuan nyata..apabila tiada asas mengiringi tujuan.Lain orang lain pandangan nyata..

    p/s::(hmmm..merapu la pulak ‘chek’ nie..apa2 je lah)

    1. RH; nice thought. Kita menjadi tua sesudah usia muda juga satu evolusi. ianya satu evolusi yang ‘sengaja’ dijadikan tuhan untuk kita jalani, samada kita suka atau tidak.

      Cuma teori evolusi Darwin ja kita perlu tolak, sebagai seorang islam….

      Dina;😉

  2. Sememangnya itu adalah satu teori yang menyesatkan manusia yang tiada pegangan..Kita harus berbalik kepada “The Sign of The Creator”…segala bukti dan dalil telah membuktikan kejadian alam.Selebihnya hanya Allah swt yang lebih mengetahui,betol tak?Kita sebagai hamba harus percaya dengan apa yang dikatakan ‘Rukun Iman’..SUBHANALLAH…

    p/s::Tua sesudah muda…tua xpa,asal jiwa muda tp kena tgk gaya jugak laa…karang muda xkena tempat susah pulak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s