soalnya… hati


Tuhan jadikan hati ni unik. Di dalamnya ada macam-macam rencam rasa. Suka, benci, kasih, sayang, cinta, rindu,dendam dan macam-macam lagi kalau mahu aku senaraikan satu persatu. Kerana itu hati ini punya keunikannya tersendiri.

Semua itu rempah ratus hati, semulajadi tercipta dari hati. Atas sebab itu, kebijaksanaan akal diperlukan untuk mengawal jumlah campurannya mengikut keperluan, bukan kemahuan. Kerana jika sukatannya terkhilaf, maka kita menjadi pengikut hati.

Kata orang tua-tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Kata mereka akal punya keupayaan yang hebat untuk memimpin hati supaya bertindak berdasarkan perkiraan akal. Tapi kata aku. jika ianya membabitkan olahan perasaan, hati tidak boleh diberi hujah logik.

Jika itu pilihan hati.  Sekuat mana akal menolak, bila cinta mekar dihati, akal selalunya pasrah mengikut naluri yang satu itu.

Soalnya…hati tidak boleh dipaksa. Kalau hati sudah sayang, dia akan sayang sampai mati. Kalau hati sudah benci, merayu, melutut sekalipun rasa itu tak akan pergi.

Bagaimana mahu memaksa hati membenci kalau yang bersarang dihati adalah kasih, rindu dan sayang. Bagaimana mau memaksa melupakan seseorang sedangkan dia tidak pernah turun dari tahta dihati.

Susahkan? Kerana itu jangan pernah mempermainkan hati. Salah langkah, hati bisa remuk redam, hancur tidak bersisa.

Wahai kau cinta.. Hati aku bukan kamu pemiliknya…

Sila katakan aku gila. Aku tidak kesah.. Sampai bilapun, hati aku hanya untuk dia. Sehingga akhir nafas ini…

 

5 thoughts on “soalnya… hati

  1. fuhh..ayat mmg power la bro.tp mmg betoi pon..hati nie sukar utk dimengerti..klu dah ada pengganti tue may be perasaan lama boleh dikikis (tak banyak pon,cket jadik laa..)
    “usaha tangga kejayaan”.chaiyyokk!!!
    N smile=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s