cintailah cinta..jiwang seyhhh!!!!


lagu diatas sekadar selingan… kerana aku suka lagu ni.

*******

Refleksi dari sebuah rasa cinta ini sungguh luar biasa hebatnya. Dengan cinta, manusia bisa mendapat kekuatan yang tidak terjangka.

Kisah Romeo and Juliet, Uda dan Dara, Khair dan Qaish sememangnya bukan hanya menjadi bahan penceritaan sebuah epik cinta. Ia benar-benar berlaku disekeliling kita selagi mana ada kita mempercayai adanya kekuatan cinta.

Tetapi, ironiknya, sebuah cinta juga boleh meranapkan seluruh jiwa dan raga. Seorang manusia boleh menjadi longlai hanya kerana sebuah cinta yang pergi meninggalkan hidup mereka. Oleh itu kawan, jangan memandang rendah dengan kekuatan cinta, apatah lagi  cinta yang sangat tulus dari hati yang paling dalam.

Aku melihat dikiri dan kanan aku  ada yang tertawa bahagia diulit cinta. Cinta di alam dunia yang serba mengasyikkan.  Semua yang indah lagi mempersona.

Ada juga yang tidak pasti tentang perasaan cinta mereka terhadap seseorang. Wahai sahabat, jangan biarkan hati itu ditinggalkan dengan sebuah tanda tanya.  Jangan biarkan cinta itu berjalan pergi meninggalkan kamu. Jangan sampai terlambat. Jika kamu yakin itu cinta sejati kamu, maka kejarlah. Aku yakin, usaha kamu akan berbaloi. Tuhan pasti bersama kamu jika cinta kamu suci keranaNya.

Kepada sahabat yang sedang menangis. Percayalah, hidup kita tidak pernah akan hancur kerana sebuah cinta  fana manusia. Silakan menangis semahu kamu jika itu mampu meredakan hati lara. Percayalah, bila tiba masanya, semua kesedihan ini akan berakhir. Apa yang kita perlukan,  hanyalah waktu.

Jika tuhan kirimkan kamu lagi sebuah cinta, maka hargailah ia. kata pujangga Cinta agung hanya akan datang sekali dalam hidup kita. Jemputlah kesungguhan kamu melindungi cinta yang satu itu. Hamparkan rasa hormat demi ketulusan cinta ini.

Jangan pernah berputus asa dengan rahmatNya. Kerana Dia yang selayaknya mengurniakan kepada kita satu dari berjuta hambanya untuk kita letakkan cinta kita… buat seketika … sementara kita masih bernyawa. Andaikata cinta dia tertulis untuk kita, yang mampu menghalang hanyalah Dia.

Cintailah cinta kerana Dia.

4 thoughts on “cintailah cinta..jiwang seyhhh!!!!

  1. Dah usaha sehabis hati! tp terbukti cinta itu bukan milik saya….alhamdulillah. Redha, kerna Allah lebih mengetahui🙂

  2. Yang nyata belum jelas… Aku masih menanti penjelasan…. Moga2 penjelasan itu nanti mampu aku hadapi sedaya mungkin… Doakan aku kawan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s