Kongsi pengalaman.


Apa yang kita lalui hari ini, susah senang, jerit perih akan menjadi sejarah keesokkan harinya. Satu hari nanti, kita akan look back and be grateful dengan apa yang telah diaturkanNya.

Aku suka bercerita. Aku suka berkongsi pengalaman aku dengan junior2 baik di Universiti mahupun di tempat keja.

Hebat sangat kah aku sampai konon2 nak berkongsi pengalaman?? Banyak sangatkah pengalaman hidup aku??

Kalau mungkin ada yang terfikir aku mahu menunjukkan konon2 aku ini hebat, berjaya, berkerjaya, banyak duit, macam bagus.. aku mahu katakan, apa yang kamu fikirkan itu salah.

Tidak.. . Tidak sekali2. Aku ini bukan siapa2.  Apa sangat pengalaman aku  yang baru 32 tahun hidup. Hujung kuku pun belum tentu ada. Banyak lagi org2 yang lebih hebat disekeliling aku. Mahu berasa riak dan takbur?? nauzubillah! Itu bukan tipikal aku.

Aku cuma terfikir, apa salahnya berkongsi pengalaman yang sedikit dari tidak berkongsi langsung. Berkongsi dengan orang2 yang mahu berkongsi. Sekurang2nya  kalau ada yang memperolehi manfaat, aku tumpang bersyukur.

Cara ini juga selalu aku buat dengan org2 yang lebih senior dari aku. Duduk, berborak dan mendengar cerita pengalaman mereka. Ada senior2 yang berpengalaman menjadi seorang askar, menjadi seorang ayah, suami, anak.  Aku suka mendengar cerita bos2 aku tentang pengalaman mereka bekerja dari era 70-an sehinggalah sekarang contohnya.

Mungkin cara kerja tidak lagi sama, tapi dengan sedikit adjustment, aku sedar pengalaman mereka dahulu masih lagi relevan untuk aku guna hari ini.  Yang membezakan aku dan senior2/bos2 aku mungkin hanya zaman dan kemajuan teknologinya sahaja.

Aku kutip pengalaman orang yang lebih senior dari aku dan aku kongsi pengalaman dengan org yang lebih junior dari aku. Aku rasa tak salah, asalkan aku tidak berbohong, bercakap besar dan membangga diri.

Bagi aku, setinggi mana pun kelulusan kita, Tak payahlah nak mendabik dada. Ada degree? master? Phd? Sesungguhnya pengalamanlah juga yang  benar2 akan mendewasakan kita. Dengan pengalaman akan membawa  kita menjadi manusia  lebih bijaksana. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s