facebook dan gambar2 aku di dalamnya


Tadi petang lepas kelas aku lepak borak2 ngan rakan sekelas aku. Brader ni ex-askar. Kepala hotak dia pun memang tak boleh lari dari soal keselamatan. Dia bawak satu persoalan kat aku. Kenapa ramai sangat yang suka upload gambar2 masuk dalam FB??. Dah tu orang lain pulak boleh copy dari page kita. Nak-nak lagi yang dalam friendlist kita ntah sapa2 yang kita tak kenal.

Kata abang ni, sekarang betul la gambar2 tak beri kesan kepada kita. Tapi masa-masa ke depan?? Ada kita tau masa2 ke depan kita akan jadi apa?? Jadi siapa?? we never know. Buatnya esok2 gambar2 ni  dimanipulasi untuk menjatuhkan kita. Ye la mana tau kot2 nanti kita memang ditakdirkan menjadi seseorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Ni bukan soal aku paranoid, ini hakikat memang wujud manusia yang suka jatuh menjatuhkan ni. Orang jahat memang wujud, walaupun hati naruni kita sentiasa bersangka baik kepada semua orang. Hakikatnya spesis manusia begitu wujud semenjak dari zaman anak Nabi Adam a.s yang berdua itu lagi..

Bila dipikir2 balik, memang masuk akal pun. Terutamanya kepada orang2 yang sedang mendaki puncak kerjaya. Macam2 orang boleh buat dengan gambar kita. Teknologi masa depan semakin canggih. Memang betul, kita boleh buktikan gambar2 itu diubahsuai atau sebagainya.

Masalahnya tanggapan pandangan pertama (first impression) masyarakat kepada kita sedikit sebanyak akan terkesan jugak. Orang2 yang berniat tak baik kepada kita pun boleh gunakan gambar kita untuk buat macam2 menda. Jangan ingat dunia moden tak ada sihir mihir ni.. Setakat nak dapat gambar, copy kat FB ja.

Kita tak boleh menduga hati manusia. Hari ni orang boleh jadi kawan kita yang sangat baik, esok2 tak tahu lagi macamana. Bukan semua orang suka dengan kita dan tak semua juga yang benci dengan kita. Apa-apa pun terpulang la kepada kita ,empunya akaun FB nak pikir apa2 yang patut. Ini cuma satu pandangan, bukan ada kajian empirikal lagi pun.

Aku kagum, seorang yahudi yang telah berjaya membuatkan berjuta2 manusia lebih suka menghabiskan masa didepan laptop, (termasuklah aku) daripada buat keja, ulangkaji pelajaran, sehinggalah melewatkan hal2 ibadah. Facebook oh facebook.. dasyat sungguh penangannya..

One thought on “facebook dan gambar2 aku di dalamnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s