rezeki tak disangka


Betul la kata orang, rezeki ni kadang2 datang bila kita tak langsung menyangka. Malam tadi, tetiba ada satu hamba Allah hulur kat aku selipat duit 50 hengget. Tebal lak tu. huh! Konfius kejap aku. Aku pun tanya(or buat2 tanya) duit apa lak ni.. ye la tiba2 hulur duit kat aku kan.

Rupa-rupanya dia nak bayar hutang..oooo . Sumpah aku tak hengat dah pun berapa ringgit hutang dia kat aku. Tapi orang tu ingat.  dah orang nak dikasi, aku amik. Rezeki jangan ditolak, kan??Itula, rezeki Allah. Rezeki yang tak disangka2. Orang bayar hutang pun boleh dikira rezeki Allah apa kan??

Ada je sekerat dua yang hutang aku. Ada yang aku lupa, ada yang penghutang lak buat2 lupa. Kalau kes yang aku ingat, segan  nak mintak.  Ada satu mamat ni  berlari2 terus, siap tukar nombor bagai. . Takpela. Aku pun bukanlah hadap sangat hutang dia kat aku. mungkin jugak dia belum khatam bab hutang wajib dibayar.  Setakat ni, Alhamdulillah. aku belum jatuh miskin dek kerana dia tak bayar hutang aku. Malahan melimpah2 pulak rezeki aku Allah kasi.

Aku bersangka baik la kalau gitu.Mungkin dorang blum ada keupayaan nak bayar lagi. Sapa tau kan? Dorang ada anak bini. Aku solo. Maybe jugak dorang nak pakai duit banyak.

Aku bukan la berduit sangat, tapi kalau sampai tak beli susu anak dek kerana nak membayar hutang kat aku tu, macam kejam la sangat kan.

Cuma yang aku tak berkenan, ada yang nak berhutang kat aku pasal nak beli barang yang jadi hobi macam DSLR contohnya, nak masuk saham, nak join forex, dsbnya. Aku ni pun tak dak DSLR, dia pulak nak hutang aku pasal nak beli DSLR, apa kes kan?

Orang, kalau berhutang ni, dia betul2 sesak nak pakai duit untuk hal2 yang penting. ?? .Macam anak nak sekolah ke, nak bayar yuran ke, nak beli baju skolah ke, nak baiki keta rosak dll yang sewaktu dengannya. Lepas tu kena la tanam azam nak bayar balik hutang. Bukan kau pandai2 anggap orang bagi hutang kau sebagai derma jariah. lainla si pemberi hutang yang berniat demikian ok la.  Kan elok kalau adakan hobi membayar balik hutang2  kau kat org lain. Hutang kredit kad pandai lak tak penah miss bayar.

Kesempatan ini kalau boleh aku nak berpesan. Kalau ada aku berhutang kat sapa2, then aku betul2 lupa, tolong la korang gtau aku. Series ni. Hutang besar2 maybe la aku leh ingat, ni  hutang yang sepuluh hengget dua ploh hengget. Nampak kecik beb,or maybe korang segan nak mintak. Tapi aku ni ha, nak kena carry sampai akhirat, tak berbaloi beb. Hutang tetap wajib dibayar walaupun singgit.

Apa2 pun dalam Islam, hutang tetap hutang. Melainkan orang itu menghalalkan hutang itu kepada kita.Kalau aku mati, tak selesai hutang piutang, mau tergantung roh aku diantara langit dan bumi. Time tu, dengan sapa aku nak berkomunikasi mintak tolong bayarkan hutang2 aku. Bukan leh on Fb pun.

Kesimpulannya, ayuhlah kita cepat2 selesaikan hutang2 kita kat orang. Hutang kat bank, nanti insuran akan tolong selesaikan.

Sekian.

5 thoughts on “rezeki tak disangka

  1. RH; saya ada hutang bath ngan awak ka haritu??? series ni.. tak ingat
    ina; boleh2.. berapa nak?? sok mai amik kat UUM
    cacah; sama2la kita ingat mengingati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s