aku dan madu selulut


korang pernah makan madu selulut?? Aku pun tak pernah sebelum ni. Ni la first time aku tengok rupa sarang selulut. Ni jugak first time aku rasa madu selulut. Kata orang tua2 madu selulut ni lebih elok dari madu lebah. Kata org tua2 lagi, madu selulut ni banyak khasiatnya terutamanya untuk penyakit lelah dan jantung berlubang.

Aku difahamkan, nilai madu selulut sebesar botol air cap badak berharga RM200-250. Mak aiii.. mahai gila. Setakat aku tulis blog ni, kitaorang baru dapat 3 botol.. Tengok cara sarang yang kitaorang cilok…boleh pegi 5 botol. Perghhh!!! pakcik kayo!!!!

Bayangkan selulut yang hanya sebesar semut boleh mengutip simpan madu berbotol2 kat dinding rumah aku. Subhanallah! Tak terbayang dek akal kita betapa hebatnya kekuasaan Allah.

Ni la rupanya keadaan rumah aku yang telah dikopak dinding sebab tengah buat renovation sikit2.Time ni la baru penemuan sarang selulut terjadi..

Renovation??? Takla, baiki mana yang rosak je sebenarnya. Tu je yang kami mampu. Rumah pusaka ni je la yang kami ada. Nak beli rumah baru, pastu nak buat major renovation plak, memang tak la jawabnya.  Kami ni bukan orang berduit. Nak berhutang2 bagai, takot tak mampu bayar nanti.

Ni la antara aktiviti2 renovation spt tukar siling , baiki dinding, tukar zink ngan wayering satu rumah.  Bila diberitahu berapa kos semua2.. sekali ngan upah,, memang aku terkejut. . Memang murah betol kos kerja2  cenggini kat Kedah. Kalau kat KL dengan rega yang aku dapat ni… hemmm nak buat kitchen kabinet pun tak lepas.

Tiba2 kerja2 renovation ini telah menjadi gosip konon2 rumah aku nak buat kenduri kawin.. kawin?? wow! siapakah agaknya akan berkahwin?? Eh.. lari tajuk plak.. tetttt!!!

 

Berbalik kepada cerita asal..nak tengok cemana rupanya sarang selulut?? Inila rupanya

 

Ni pulak bentuk sarang yang terlekat kat dinding rumah. Sepanjang2 dinding tu ada sarang selulut. Kitaorang tak kopak semua. Cuma dua tiga dinding ja.

 

Ni pulak madu yang telah ditapis..

 

 

Sekian dulu cerita madu dan renovation untuk kali ini. Nak cerita ‘madu’ lebih2 takot sensitip… tetttttttttt

2 thoughts on “aku dan madu selulut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s