manusia oh manusia


Aku ada sorang kawan. Dulu kawan aku ni ‘nakal’. baru-baru ni, aku jumpa dia,. He’s totally difference. Muka nampak jernih sangat. Aku nak borak2 merepek pun aku risau.  Lepas tanya khabar lebih kurang,  baru aku tau,  rupa-rupanya dia masih sempoi macam dulu jugak.

Dia pun dah mula hidup baru. Ada seorang isteri dan seorang anak yang comel.  Dia tak toleh2 lagi dah masa lepas. Kata dia pada aku, ” aku amik yang elok ja dari ‘zaman dulu’, yang buruk aku tinggal semua”. Sejuk telinga aku dengar. Aku  pun apa lagi,  try la nak korek2 cerita dulu.

Dia kata kat aku, ” tak guna nak cerita2 yang lepas2 lagi beb, kita berubah kena ikhlas kerana Dia, bukan nak tunjuk2 kat orang”

Kata dia lagi “Aku bersyukur kerana masa lepas menyebabkan Aku menjadi lebih baik hari ini, kalau tidak, tak tau la nak jadi apa dengan aku”

sambung dia ” Semua yang jadi salah aku, tak guna nak tunding2 jari kat orang lain, satgi tak pasai2 terboomerang kat muka sendiri’

hemmm…!!!

Betui la tu kata kawan aku. Semua orang pernah buat salah. Yang penting bagaimana kita nak betulkan kesalahan dan pasitkan ianya tidak berulang. Lepas tu kita kena betul2 istoqomah.

Kalau kita yakin kita benar,tak usah nak takot. Tak payah nak clain konon2 kita di pihak yang benar dan org lain dipihak yang salah. Tak payah menjaja cerita org tu jahat, org ni jahat. Seolah2 kita macam maksum, tak pernah buat salah kat org lain.

Bagi aku, yang lepas tu, biar lepas. titik, fullstop,the end.. Nak cerita buruk2 orang pun buat apa. Mentang2 kita dah claim diri kita telah mentransform jadi baik, kita pulak seolah2 ada authority nak tunjuk si polan ni tak baik, sipolan tu buruk kelaku, si polan ni jahat..dsb? camtu??

Macam kita ni baaaikkkkk sangat. Membesar2kan cerita seolah2 kita teraniaya dan tersiksa semata2 untuk justify tindakan “baik”  kita bukanlah sesuatu yang bijak. Oh ya, bila kita dah jadi ‘baik’  dan tentu2 kita tak suka orang lain bercerita pasal ‘masa silam’ kita yang baaaaaaaaaaikkkk sangat tu kan??? Everybody’s has their own past. so please live with it, yo!!

Berubah ke arah kebaikan adalah sesuatu tindakan yang betul. Tetapi merendah2kan orang lain semata2 nak tunjuk kita ni telah menjadi lebih baik dari orang lain adalah sesuatu tindakan yang tak berapa bijak. Pakaian hati adalah lebih suci dari bertudung litup bagai tetapi hati tidak menutup aurat.

Aku?? ikutle. Aku pun ada masa silam. kalau ada pihak2 yang nak buruk2kan aku…aku nak buat macamana. Korang dah besar panjang, boleh pikir dengan bijak. Korang nak percaya atau tidak, itu hak korang. Aku taknak komen apa2. Biarla apa orang nak cerita asalkan dia puas hati.

Cuma aku rasa la kan, kalaupun kita tak nak mengaku apa satu kebaikan pun yang orang pernah buat kat kita, sekurang2nya berhentila berbuat dosa dengan menjaja cerita negatif pasal org lain. Free2 ja orang tu dapat pahala dowh.  Bukan apa ‘kita pun baru belajar kumpul pahala, takan nak sedekah banyak2 kat orang lain plak kan. kan?kan?kan?

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s