betul la


Betul la dia baik, comel, sweet, (handsome), berpendidikan tinggi, berharta, keturunan baik2. Pendek kata tak ada kurangnya pada dia. Semua orang tertawan dengan lemah lembut tutur kata. Baik budi bicara dan cukup didikan agama.

“Apa lagi yang kau nak?? Semua dah cukup pakej…kan?? Kau ni memilih sangat. Macam la kau tu sempurna sangat.”

Eh.. aku pulak yang di’pressure’nya. Sapa yang berkenan ni. Kau ke aku?? Kalau kau berkenan, kau je la yang pi meminang dia untuk diri kau. Kau pun bujang lagi kan???

Berapa kali aku nak cakap. Berbuih mulut2 dah.

Ni semua soal hati. Kalau hati tak boleh terima.. buat la macamana pun. Tak kan nak paksa pulak. Ingat senang2 ke nak bagi hati kat orang just like that. Sesetengah orang mungkin mudah nak buat, within a few days dah boleh berubah hati. Tapi bukan aku. Minta maaf.

Mungkin juga sbb Allah tak buka hati kita pada orang tu, mungkin kerana orang itu telah tertulis untuk mendapat jodoh yang jauh lebih baik dari kita. Jodoh ni kan rahsia Allah. Siapa tahu melainkan dia.

Cerita bab jodoh ni kan..bagi aku.. kalau bukan jodoh, then bukan jodoh la. Apa nak kecoh2 satu malaya. Kerja Allah semua ni..bab2 nak tentu jodoh pertemuan. kan?

Tak timbul lagi soal “budak tu” perangai gini2 atau “budak ni”‘ perangai gitu2. Dah nama pun jodoh. Ada jodoh takda jodoh bukan kita yang berhak tentukan. Tu ha… kuasa yang kat atas sana. The Almighty. Kita?? redha ja. Aku pun dah lama redha. Dah menjalani hidup yang normal dah pun. Tak dak hal la.

Lagi satu, jangan kita lupa.. betul kita dah diberi jodoh. Tugas kita berdoa agar dikekalkan jodoh yang berpanjangan sehingga keakhir hayat.  Cumanya  janganla pulak cepat mendabik dada bila  jodoh kita dah sampai. Jangan sesekali memandang rendah kepada kaum2 hawa lain yang belum sampai jodohnya.

Jangan kita kembang tak tentu arah bila berjaya bergelar isteri orang. Kerana panjang pendek jodoh kita pun masih dalam bidang tugas yang Maha berkuasa juga ya. Jangan ingat bila kita dah kawin,  kira kita leh selamat di dalam perkahwinan selama-lamanya.

Mulut jangan celupar dok panggil orang ni mak janda, orang ni perempuan andalusia. Orang ni tak cun, orang ni gemuk, orang tu hitam. Kot kita cun sangat takpala jugak kan??Allah, kalau dia nak tarik nikmat rahmah dan mawaddah dalam berumahtangga, Dia boleh tarik macam tu ja. Dia tu power ya amat. Kun fa ya kun.

Jangan salah faham. Satgi ada pulak ingat aku nak doa bagi runtuh mana2 masjid. Nauzubillah. Tak terlintas langsung. Aku cuma menjalankan tanggungjawab aku berpesan2 kepada kebenaran, berpesan2 kepada kesabaran.

Kita ni banyak salah. Sedikit sebanyak hari2 mesti ada buat dosa. Marilah kita istighfar dan betulkan kesilapan mana yang boleh. Dah nama pun manusia. Tak buat silap langsung macam tak kena plak bergelar manusia… makhluk yang pelupa.

Ni pesan dari kawan aku kepada mana2 yang termakan cili

“kalau dah kawin tu, elokla kosentrate pada rumahtangga. Jaga family yang baru di bina.”

Huih!!!Garangnya kak dalam berpesan2.. hehehe . Gua dah tolong sampaikan. Arigato gozaimas..

Minta maaf kalau ada yang terasa..

Adios..

titik.!

3 thoughts on “betul la

  1. sayang kat cini tak ada ‘LiKe’… kalau x, dah lama sy click kat ctu! hehe…nice one! i loike! especially yg ni wak ‘kalau dah kawin tu, elokla kosentrate pada rumahtangga. Jaga family yang baru di bina’… yg lepas, lepas la…jagala apa yg ada! buat apa diungkit2 kisah lama tu😉

  2. zue setuju.

    jodoh & maut adalah rahsia Allah.

    kita xkan tau sapa JODOH kita sehingga waktunya,
    dan kita juga xkan tahu bila tarikh MATI kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s