Ulangtahun Pemergian Bonda


Hari ni genap setahun mama pergi. Terasa macam baru semalam aku mengucup pipinya sebelum dia masuk tidor. Inilah aku, sampai dah besar panjang pun aku masih lagi mencium mama. Kadang2 tu aku akan menjengok ke bilik mama, selimutkan dia, tengok2 kalau ada nyamuk yang hinggap.

Terlalu banyak untuk aku kongsikan perit pedih mama membesarkan aku. Menjadikan aku seorang manusia seperti hari ini. Aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk bersama mama selama 31 tahun. Alhamdulillah.

 

Wahai anak2 yang masih punya ibu,

Hargailah setiap detik nafas yang kamu ada bersama dia. Picitlah tangan dan kaki nya hilangkan lenguh. Belailah rambutnya yang bertukar warna itu. Usaplah pipinya yang semain dimamah usia

bertanya khabarlah kamu sekerap mungkin semasa kamu jauh dari mereka. Keraplah pulang menjengok, nescaya terhiburnya hati bonda sehingga membuat penghuni langit turut gembira.

Sesungguhnya Ibumu itu jauh lebih penting dari kerja. Apalah lebih penting dari mendapat redha bonda.  Dia adalah pemegang kunci mangga pintu syurga, Redha bonda bererti redhalah Allah jua

Jangan kamu tangisi setelah dia pergi selama-lamanya, jika peluang yang Allah bagi kamu persiakan begitu sahaja.

 

Mama,

Damailah mama disana. Tidak ada lagi air mata mama yang perlu mengalir kerana anakanda. Anakanda tahu anakanda bukan anak yang baik, tetapi anakanda mahu menjadi yang terbaik.. hanya untuk mama. Ampunkan dosa-dosa anakanda.

“biar kita miskin harta, tak mengapa, tetapi kita  kaya jiwa”- Kata azimat yang akan anakanda ingat sampai mati.

Al-fatihah dari anakanda yang merindui mama.

 

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

5 thoughts on “Ulangtahun Pemergian Bonda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s