Kalau dah kau tau


Kalau dah tau perangai dia macam tu, buat apa cari bala lagi??  Hanya kerana sayang, akal kita boleh dibutakan? Sampai bila kau boleh hidup hanya dengan sayang?? Bukan sekali, bukan dua kali, dah berkali-kali dia buat kau macam tu.

Mahu berterima kasih pun tidak apatah lagi mahu menghargai kau. Apa yang kau buat selama ni ada diberi kredit? Mengata mencaci lagi ada la. Kalau dah spesis ‘tu’ memang akan jadi spesis ‘tu’ sampai bila2 pun, selagi tak dapat hidayah.

Kau mahu tanggung sakit sekejap atau sakit sepanjang hayat. Sementara nampak jalan, aku rasa elok kau berpatah balik. Kalau sampai  sesat nanti menyusahkan orang lain pulak.

Bukan aku sorang ja dah nasihatkan kau. Beratus2 orang dah nasihat kau. Mulut pun dah berbuih macam tertelan sepeket sabun cap bio zip… . tapi..kau macam tu jugak. Tak berubah-berubah. Kalau kau nak dia berubah, kau dulu kena ubah diri sendiri.

Umur kau pun bukan makin muda. Otak pun makin bergeliga, Tapi bab-bab ‘ni’ aku rasa kau tak berapa cerdik sangat. Jadi bila dah tak cerdik, aku nasihatkan bawak2 pertimbangkan nasihat orang.  Orang nasihatkan kau sebab nak tengok kau jadi baik, bukan nak jadikan kau bertambah huru-hara.

Keputusan ada ditangan kau. Ini hidup kau. Jalan ini kau yang pilih. Jangan sampai esok2 kedegilan kau membawa penyesalan yang tak sudah.. dah le…

5 thoughts on “Kalau dah kau tau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s