Ya Nabi salamualaik..


aku nak kongsikan dengan korang satu menda yang aku dapat dari ceramah maulidur Rasul malam ni iaitu;

Kisah Nabi Ibrahim yang berdoa supaya diturunkan Seorang Nabi dan Rasul yang akan membawa risalah Allah sehingga ke akhir zaman., dan Allah hanya memperkenankan doa Baginda lebih 1500 tahun kemudian. Cerita ni korang boleh kutip dalam surah Al Baqarah ayat 129;

Semasa Nabi Ibrahin A.S selesai tinggikan batu (kaabah), Baginda berdoa;

“Ya tuhan kami, utuslah ditengah mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan mereka ayat2Mu dan mengajar kitab dan hikmah kepada mereka dan menyucikan mereka. Sesunggunya Engkaulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

dan tak lupa juga peringatan Isa A.S kepada kaumnya

Dan
ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata : ‘Wahai kaum Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, membenarkan kitab yang turun sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul sesudahku yang namanya Ahmad

(Surah As-Saaf Ayat 6)

Kerana keberkatan doa2 ini maka kita dihadiahkan dengan seorang insan yang  telah menjadikan kita seorang muslim hari ini.

Seorang insan terpilih yang bernama

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib

 

Terima kasih kerana memberikan kami sebuah agama yang indah. Terima kasih kerana menjadikan kami seorang muslim.  Pengorbananmu itu tidak ternilai tingginya.

Kami sayang kamu wahai Nabi Allah… sepenuh hati kami.

Salamum alaika ya Rasulallah..

 

One thought on “Ya Nabi salamualaik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s