kegigihan seorang kawan


Aku kagum betul dengan kegigihan sorang dua kawan2 aku yang sedang menyambung PhD. Nak dapat sesuatu yang hebat bukan semudah yang disangka. Luaran nampak macam mudah, apatah lagi kalau setakat bercakap.

Aku ada kenal seorang kawan. Kawan lama dari zaman sekolah lagi. Liku2 perjalanan dia belajar memang sangat mencabar. Dia bermula hanya dengan sijil kemudian mengambil diploma, terus sambung degree. Lepas tu dia amik master dan sekarang dia dah pun ada PhD.

Dia pernah gagal dalam asasi sains tapi kegagalan itu tidak langsung buat dia putus semangat. Dikritik, dikecam orang sekeliling sewaktu kegagalannya.Tetapi kritikan itulah yang membuatkan dia bertekad untuk sampai ketahap PhD ni.

Sayangnya ada diantara kita yang diberi peluang tetapi disia-siakan. Ada kemahuan tetapi tidak ada kesungguhan dan keazaman. Kita masih lagi terbuai dalam ‘comfort zone’ sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita.

Kata kawan aku ni, mendapat PhD bukanlah untuk membanggakan diri dengan gelaran Dr. Kata dia lagi, kenapa dia mahu pergi setinggi mungkin adalah kerana  keinginan akan satu pencapaian tertinggi dalam hidupnya setelah bertahun berada dalam dunia akademik. Alang kepalang belajar, biar sampai dapat PhD. Itu tekad dia.

Aku?? Belum senekad itu. Ada objektif hidup yang perlu aku capai. Sapa taknak bergelar Dr. Tapi aku belum ada kekuatan itu. Tapi jika diizinkan Allah, akan aku teruskan tingkat pengajian ini. Menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahad??  Bukahkah ilmu itu membezakan kita dengan yang jahil? Tidakkah semakin berilmunya kita maka semakin dekat kita dengan Dia??   Ayuh kita tanamkan niat, moga2 Allah lorongkan kemudahan itu.

 

 

Titik!

One thought on “kegigihan seorang kawan

  1. “There is no substitute for hard work..

    Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.. (Henry Ford)”

    Keep believing in yourself… my dear, i know u can do it! , insyaAllah =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s