kerana Dia


Setiap manusia akan mengalami fasa perubahan. Dari suatu kehidupan yang tersasar, akhirnya manusia akan tetap kembali mencari penciptaNya. Dari zaman sebelum Islam lagi, manusia memerlukan sesuatu sebagai tempat bergantung.

Manusia akan mencari matahari, api, batu, pokok, laut dsbnya sebagai suatu entiti bagi mereka bergantung harap. Kenapa?? Kerana manusia tahu akan keberadaan suatu sifat yang lebih tinggi dan lebih berkuasa daripada kemampuan mereka.

Golongan Atheis berpendapat bahawa pergantungan manusia kepada tuhan hanyalah sebagai suatu escapism kepada ketidakupayaan manusia menterjemahkan keadaan. Contohnya jika terjadi sesuatu akibat kesilapan diri sendiri maka manusia akan mengatakan bahawa itu adalah kehendak tuhan.

Kerana itu, Islam datang menyempurnakan fitrah manusia yang berkehendakkan tuhan. Islam membetulkan konsep ketuhanan tanpa perlu ada perantaraan antara tuhan dengan hambanya. Tidak perlu berhala, tidak perlu api. Tidak perlu colok, tidak perlu patung.

Satu-satu perantara kita  dengan tuhan adalah melalui Nabi s.a.w.  Hanya melalui baginda sahaja Kitab al Quran diturunkan dan Islam disampaikan. Benar, from top-down memang kita perlukan Nabi dan Jibrail a.s. tetapi bottom-up hanya kita dan Dia. Tiada lagi perantara.

Kenapa pulak entry aku begini. Padahal aku yakin semua reader aku tahu pun semua ni. Tak payah tulis, tak payah explain.

Aku menulis kerana aku merasakan, kalau seseorang mahu berubah ke arah kebaikan, biarlah perubahan itu antara dia dan tuhannya. Cukup tuhan sahaja yang tahu keazaman dan kebenaran hati kita menjadi seorang muslim yang diredhai.

Serban, tudung, jubah hanyalah syariat dan syarat kepada perubahan tersebut. Sebagai sokongan dan dukungan kepada erti sebuah perubahan. tak perlu ber ‘ana’ ber ‘anta’. Tak perlu menunjuk2 kealiman dan kewarakan sesama manusia. Cukup Allah tahu. Yang hendak memberi pahala, syurga dan neraka adalah Allah, bukan aku atau manusia lain seumpamanya.

Aku bersyukur jika perubahan itu memberi kebaikan kepada mereka dan doa aku agar perubahan itu berkekalan. Doakan aku juga.

 

“tuhan leraikanlah dunia, yang mendiam di dalam hatiku, kerana disitu tidak ku mampu, mengumpul dua cinta”


titik.

One thought on “kerana Dia

  1. Doaku akan selalu ada kamu..tidak pernah tiada walau untuk seketika..demi memohon kebaikan KITA bersama drpNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s