selamat kembali bertugas emzack


Selamat… Selamat..

Selamat jugakla kepada aku yang berjaya mengeluarkan diri dari Negeri yang di tubuhkan oleh Encik Merong Mahawangsa untuk kembali merantau yang ke negeri antah berantah ini. 5 jam bermusafir dengan kenderaan besi dan sampai tepat  jam 3.33 pagi ithnin yang lalu.

Arakian tertulis bahawa setelah 19 purnama aku bertapa di hutan sintok , dengan izinNya jua maka aku telah menamatkan perguruanku dengan jayanya. Amanah yang diberi telah aku laksanakan. Amanat yang di luah, aku genggam menjadi kalungan azimat di dada hati. Alhamdulillah segala pujian kepada tuhan empunya alam buana.

Maka menulis aku untuk titipan anak cucu bagi panduan akan mereka menghela nafas, jika tertulis  kelak mereka harus berkelana mencari tapak membina negara bangsa.

Akan aku dengan kehendak yang Maha Esa jua harus kembali kepada titik dimana aku bermula langkah delapan tahun terdahulu. Kembali mencari rentak tari yang telah 19 purnama aku kesampingkan di tepian. Sumbang atau tidak, pencak ini harus bersimpuh di tengah gelanggang yang sedia tersedia untuk aku.

Apakah terjadi dengan hang emzack?? Ayat purba bagai?? Kaitannya dengan tajuk di atas??

Huh! pengaruh HMM jua adanya. .. ntahapa-hapa..

sekian.

11 thoughts on “selamat kembali bertugas emzack

  1. Welcome Back!!!! sure x sabar gla nak mulakan tugas kan?kan? wish all de’ besh n selamat menempuh alam ke”bz”an… take care… (^,^)

  2. jommm tengok hmm.. bw coklat sekali…

    teringin sgt nak tengok sbb gambaq nmpk mcm cantik.. sokonglah filem tempatan, sebagai anak jati negeri kedah… kann.. ada nama sekolah kat jitra ke nama seri mahawangsa, correct me if im wrong..

    1. betoi.. sekolah tu le where i suppose to go after std 6. ntah cemana leh dapat skolah tu.. sebaik KSAH offer pastu

  3. JD; enjoy le jadi student while u have time…

    Dina; ok mek.. slamat mengajaq juga…

    cik akauntan; tq.. sangattttt!!!

    Asma; tq.. kenduri jangan lupa jemput.. bau2 nasi minyak dah ni..

  4. sekolah seri mahawangsa tu bukan dekat jitra ke? tkkn rumah di anak bukit depa nk hantaq sekolah di jitra, jauh tu… mcm salah daerah je…

    1. Betol la tu. By right sekolah malik lagi dekat..Entah le.. cemana jadi ntah la… i pun pelik sampai hari ni.. ( misteri nusantara)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s