sotong tepung di senja kala Kuala Perlis


Hari-hari terakhir aku di bumi bertuah telah aku manfaatkan sepenuhnya. Hari khamis last week selepas ja keja aku dengan anggota gerila telah menyerang Kuala Perlis. Ni kira  last kami makan ramai2 before masing-masing bawak diri dengan kerjaya masing-masing. Plan asal memang nak ramai2, tapi yang datang dua tiga kerat ni je la. Yang lain ada sebab musabab tersendiri. Jadi la, dari tak jadi langsung.

Sebelum acara makan2 kitaorang layan sunset dulu. Plan asal nak makan before maghrib tapi termakan after maghrib. layannnn!!!

Kalau pi Kuala Perlis ni memang aku tak miss nak order feveret food aku, sotong celup tepung. Memang aku tau pun lepas tu sahih menggaru sampai ke pagi. Sementara boleh makan ni… aku layankan ajeeee.. Sedappppppppp bak kata sorang ‘minah’ ni…

Time2 kitaorang pilih ikan tu, sempat gak aku order siput kemudi. Macam pelik ja aku tengok siput ni. Besaq gadang kulit dia. Bentuk macam kemudi kapal. Tetiba terasa nak try pasal tak penah try sebelum nih. Rega boleh tahan mahalnya. Lupa lak aku nak amik gambaq siput ni sebelum beliau menjadi santapan aku. Ingat dorang goreng ngan kulit2 skali. Rupanya amik isi je. Dah la isi siput ni macam alien ja aku tengok..

Ikan jenahak bakaq aku lupa nak amik gambaq. Lapar sangat kot. Sampai je ikan terus kena terkam. Tapi kan.. bercakap bab ikan bakaq ni.. teringat2 lagi aku ikan bakaq kat Padang Matsirat Langkawi. Aku rasa tu la ikan bakaq paling best pernah aku makan selain ikan bakaq arwah mak aku buat..

.

.

.

Apa2 hal kita layan slide show kat bawah.  Sekian..

This slideshow requires JavaScript.

 

 

6 thoughts on “sotong tepung di senja kala Kuala Perlis

  1. Sian.. kalo taw “gila” sotong celup tepung, order ja sekilo sotong..ha, kalo agak2 x cukup g, beli ja semua sotong kat kedai makan tu.. hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s