cerita satar, gas memasak dan misteri nusantara


Brrrppp Alhamdullillah.. Hari ini adalah hari yang sangat kenyang. Kenapa??

Pertama: Hosmet ku yang baik hati telah masak asam pedas ikan keli, ayam kampung goreng dan ikan terubuk masin sarawak. Jangan main-main ngan hosmet baru aku nih. Sedap lak tu dia masak.  Aku??? pandai makan je la. huhuhu.

Dia ni hari2 masak. Tak ke kagum jadinya aku. Balik keja ja trus masak. Aku?? masak gak… tapi kedai la masakkan.

Dek kerana kerajinan beliau memasak maka akhirnya tamatla juga riwayat gas memasak yang berkurun2 lamanya tak habis2. Akhirnyaaaaa. Alhamdulillah.  Mana tak nye.. Kitaorang dulu paling kuat pun masak megi, goreng telur ngan goreng nugget. Itu pun berapa tahun sekali. Nak masak asam pedas bagai nih… huh!kim saaaalam je la…

 

Kedua: Hari ni jugak aku telah menerima delivery McSatar yang di datangkan khas dari Kemaman. Alhamdulillah, dalam penat2 drive pun sanggup beliau datang hantar ke depan pintu rumah aku. Dah tu beli satar siap dapat kopok lekor free lagi. Terharu..terharu..

Terima kasih la mak enchek.. Sok Pak Encek belanja makan ek. Sebut ja nak makan apa… Pak encik akan tunaikan..Janji halal dan berada dalam radius KL-Selangor-Putrajaya-Seremban.

 

Ketiga: Pengalaman pelik tapi benar… biasanya aku kalau kena leter la kan..mesti si peleter ni akan menggunakan bahasa melayu, omputeh, bahasa kedah tua, kelate tak pun apa2 je bahasa peradaban manusia ni.

Tapi hari ini aku kena leter pakai number… ribu2… ratus2 ribu dan juta2.. .. pok pek tiga belas ribu…. pok pek 60 ribu… campur … tolak….tiga ratus ribu… Gitula kekdah perleteran beliau. Misteri nusantara kan??

 

Begitulah cerita aku pada hari ini 20/3/2011…

Sekian…

 

 

2 thoughts on “cerita satar, gas memasak dan misteri nusantara

  1. Next taim moh ngikut mak enchek ke sana..itu jam pak enchek balun la satar banyak2. Errr..mau blanja eh? Moh ke somban..tokak den ni ha tingin yo nak raso daging ruso salai..bulih??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s