apa ada pada gred


Apa ada pada gred jawatan kalau esok2 kat sana bila kita mengadap Yang Maha Kuasa, langsung tak dapat privilege apa2 pun. Kot2 dapat green lane kat titian siraturmustaqim tu best la jugak kan. Tapi, yang aku musykil kenapa ramai sangat yang bongkak dan sombong dengan gred jawatan dan kedudukan ni. Musykil… musykil.

Mungkin sifat semulajadi manusia yang suka disanjung dan dipuji sedangkan mereka lupa sanjungan dan pujian itu hanya ujian untuk mereka semata2. Samada mereka boleh menjadi manusia yang tahu diri atau lupa diri.

Apa ada pada gred jawatan setinggi gunung kalau akhirnya kita menjadi hamba manusia. Menjadi pak turut dan burung belatok. Mengiyakan saja walaupun kita tahu yang kita iyakan itu salah. Paling teruk, yang kita iyakan itu Allah murka. Uh.. mintak dijauhi kepada diri aku. Nauzubillah.

Lewat petang tadi aku melihat satu peristiwa. Satu hamba Allah yang sedikit tinggi hidungnya dengan kawan2 sejawatan. Kerana apa? Kerana beliau sangat dekat dengan bos2 besar yang memegang kuasa.  Beliau ni kejanya mengikut bos besar ke hulu ke hilir tak kira masa. Di tambah dengan tugas2 tambahan seperti  bawa beg, bukak pintu keta, bawa ‘tapau’ bos. Tangan penuh dengan segala macam dokumen.

Korang boleh bayangkan?? Bos menonong je kat depan, dia terkial2 kat belakang. Dah macam butler lak aku tengok. Orang suruhan profesional pun ya juga. Tapi dia ni butler yang bergaji tinggi la. Dengan suit lengkap, kasut berkilat, tie sampai ke malam.

Kagum aku. Tapi aku tak pikir aku boleh setabah dia.Takpela.. janji dia cari rezeki yang halal. Macamana dia kena keja, tu dah tertulis nasib dia macam tu.

Cuma satu ja.. aku dok peringat diri.. jangan dok merak sangat dengan gred tinggi2 ni. Sok2 semua ni aku tinggal jugak kat pintu liang lahad.

 

2 thoughts on “apa ada pada gred

  1. Allah itu Maha Kaya. Diberikan pangkat hanyalah untuk menguji sejauh mana hambaNya bersyukur terhadap kurniaan yg dilimpahkanNya. Jika takbur yang terbit,ia tidak akan bertahan. Jika merendah diri,ia akan berkekalan. Apa pun,saya juga sedih melihatkan keadaan beliau yg menjadi butler bergred tinggi. Semoga pak enchek tidak menjadi seperti itu..aminnn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s