cerita sms dan gaduh bodoh


Adoi.. kanak2 ribena betul lah. Letih aku nak mendengar bab gefren, bofren bergadoh dek disebabkan sms tak berreply ni. Apa hal ni bro..?? Tak mencabar langsung pergadohan korang.

Tapi itulah hakikatnya cabaran gelora cinta remaja nih.. remajeeeee nyeeee la haiiii. —padahal dah tua ganyut.

Mangsanya ialah –>aku… yang kena tadah telinga mendengar dan mengeringkan liur bagi meredakan keadaan. Per cite nih?? Cer cite…cer cite..  Ginilah.. dikonklusikan moral of the story.—;

Kepada kome2 kat luar sana yang tengah hangit berchenta. Meh teman nak kaborkan. Mendanya simple je.  Kalau kome sms ke gepren kome, pastu dia tak balas, ataupun lambat balas boleh dak kome bawak bertenang.  Jangan dok amuk tak tentu pasal.

Moh kita pikiorkan kemungkinan2 yang berlaku dipihak deme2 tuh;

  1. Beliau tengah meeting
  2. Beliau dalam bilik bos (kat opis ye… jangan pikior bilik lain.. haip!! biase ni)
  3. Beliau lupa nak reply pasal busy sangat keja
  4. Beliau tengah entertain  client
  5. Beliau tertinggal hensefon kat umah/opis
  6. Beliau tertido
  7. Beliau tak dengar/tak perasan sms masuk
  8. Beliau tekun buat bajet pasal submission date dah dekat
  9. Beliau tengah bersenam dalam gym (pas abis gym pastu tibai nasi sepinggan gedebak)
  10. Beliau memang malas nak reply sms2 provoke kome2
  11. Beliau malas nak reply sebab kalau reply nanti gaduh
  12. Beliau mengidap migrain atau period pain
  13. Bateri hensefon kong
  14. Beliau tengah busy study
  15. dll

 

ataupun

 

errr beliau malas nak reply sebab nanti kantoi beliau tengah keluar ngan orang lain tengok wayang dan beliau menggunakan alasan2 di atas.. Eh?? ke situ pulak…

eh tak la.. yang last tu teman gurau je. Sebenarnya 1001 kemungkinan lagi sebab2 gepren kome2 tak balas sms. Kamon la. Be postif sket. Barula aura positif tu menyinari relationship kome berdua.Chewah!! Cam dr. Love plak..

Kalau kome2 punya gepren solehah bagai,, buat apa nak risau2 sangat? Lainlah gepren kome jenis sosial gilerrr, pasang boipren 2-3 dan tak sabar2 nak berlaki (sebab banyak sangat pilihan yang lebih hebat dari kome). Kalau dah gitu kome nak jelas, ada la juga groundnya.

Ini dah tangkap chentan abis ngan kome, cinta maut tonggang langgang, apa nak risau. Kome2 le kekasih deme awal dan akhir. Kome2 le intan payung pengarang jantung deme2 tu.

Masalahnya yang jadi punca masalah gadoh bagai ni sebenarnya bukan geferen kome2 sangat pun. Tapi sebenarnya kome2 le yang bermasalah atau saja je nak cari masalah.

Wallahu’lam

Sekian dulu, renung2kan dan selamat beramal.

 

p/s:  bolehlah kome tukarkan gepren kepada bopren/laki/bini jika didapati relevan.

 

7 thoughts on “cerita sms dan gaduh bodoh

  1. biasa awak suka ceramah balik.
    hehe. contohnya.
    “korang gaduh pasal ni.. benda remeh nak pikir macam2.. banyak lagi hal penting.. orang Jepun tu kena tsunami la apa semua la lagi berat”

    hehehee

  2. Pak enchek,nombo 1,2,3,5,7 dan 13 tu sangat la relevannya. Taaapiiii..awat la pak enchek kasi tulih hak nombo 9 tuh? Tak puas ati ka? Kot ye pun,diam2 suda la. Sesungguhnya terbukti mak enchek dalam gym kan? Cuma bab nasi sepinggan gedabak tu sila betulkan..separuh ja okkk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s