Adakah aku lebih baik dari mereka?


Dah lama aku terfikir nak menulis pasal ni. Namun, aku, masih terfikir samada patut aku tulis atau tidak. Takut-takut disalahtafsir, nanti ada pula yang terasa hati. .

Telah banyak sebelum ini yang membicarakan tentang penampilan. Adakah boleh kita menilai dan membuat konklusi samada orang yang bertudung litup atau berserban bagai itu lebih baik semua seginya dari orang yang tidak bertudung dan bersederhana dalam berpakaian.

Tidak bermaksud mempersoalkan hukum. Tapi aku lebih berminat kepada substance daripada form. Isi dan pengisian daripada kulit yang cantik dan berwarna warni. Namun hakikatnya adalah sebaliknya. Kita lebih cenderung tertarik kepada kulit daripada melihat isinya. Akhirnya kita tertipu dengan persepsi mata kasar kita sendiri.

Bagi sesetangah kita, yang kononnya telah tersasar jauh dari landasan yang benar, kembali ke pangkal jalan adalah suatu yang amat besar maknanya dalam hidup mereka. Namun, sejauh mana keikhlasan untuk kembali hanya terpulang kepada hati mereka sendiri dan nilaian markahnya, kita serah kepada tuhan. Tiada hak akan kita untuk mempersoalkan keikhlasan mereka.

Kalau mahu kembali ke pangkal jalan, kembalilah. Alhamdulillah. Tiada siapa yang melarang. Malahan,  banyak  nanti yang akan membantu dan menunjukkan jalan. Banyak yang akan memimpin tangan kita untuk bersama-sama menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Pun begitu, tidak perlu kita mencanang satu dunia yang kita ini telah menjadi ‘baik’. Malah lebih teruk lagi kita mencanangkan bahawa dulu kita sebenarnya baik tetapi  dek kerana pengaruh sipolan dan sipolan inilah maka menjadikan kita sehingga sebegini rupa . Sedangkan kita terlupa untuk cermin diri. Kita lupa muhasabah diri sendiri. Satu jari menunjuk kepada orang lain, 4 lagi menghala ke arah kita.

Memang mudah sebenarnya meletakkan kesalahan kepada orang lain tanpa kita berani mengakui kekhilafan diri sendiri.  Mudah menuduh orang lain sebagai punca sedangkan kita lupa, kita juga sebahagian dari segala jenis punca yang nyata.

Aku kadang2 rasa sangat janggal melihat orang2 yang sebok mencanang bahawa merekalah muslimah/muslimin  sejati. Seolah2 hanya mereka sahaja yang lebih mentaati perintah tuhan. Sebok membandingkan ketakwaan dan ketinggian darjat dan status iman mereka dengan orang lain di luar sana.

Teringat aku kisah Rabiatul Adawiyah, seorang yang pernah tersasar dan akhirnya kembali menjadi hamba Allah yang paling bertaqwa. Allah angkat ketakwaan beliau dan Allah rakamkan kisah ini didalam sejarah Islam. Kerana apa? Kerana Allah hendak mengingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang tidak terlepas dari dosa dan tidak ada dosa yang tidak terampun olehNya. Yang Penting kesungguhan dan keihlasan dalam mencari keampunanNya.

Bagi aku, tak perlu kita mencanang serata alam kita ini muslimah/muslimin yang sejati. Tindakan dan perilakuan kita sehari-hari sudah cukup memberi gambaran siapa kita. Selebihnya,  biar Allah sahaja yang tahu.

Kalau ada yang tersasar dan kemudian telah kembali kepada jalanNya, tariklah rakan2 yang belum kembali untuk sama2 menyertai kita. Jangan hanya pandai mencanang kita ini tinggi taqwanya tetapi pada masa yang sama memandang orang lain sebelah mata. Seolah2 orang lain tidak setaraf dengan ketaqwaan kita.  Mereka hanya layak menjadi ahli neraka.

Malahan, kita merasakan kita ini telah bersih dan tidak lagi layak bergaul dengan mereka2 yang kita rasakan kotor. Takut-takut terpalit pula lumpur dan noda yang ada dalam diri mereka. Kita menghakimi bahawa mereka akan selama- lamanya kotor. Kita merasakan hanya kita yang layak berubah, bukan mereka. Mereka tidak mungkin akan berubah. Oh! sangat hebatnya kita.

Aku merasakan orang seperti ini lebih buruk dari seorang munafik. Merendahkan orang lain demi melihat dirinya sedikit tinggi. Sedangkan mereka lupa yang sebenarnya mereka itu lebih rendah daripada orang2 yang mereka anggap kotor dan jijik itu. Hanya manusia keji sahaja sanggup menutup kesilapan sendiri dengan mempersendakan keislaman orang lain.

Manusia tetap manusia. Lahir bersih, hidup penuh warna dan akhirnya mati. Sehebat mana amalan kita di dunia ini,  Allah sahaja yang berhak menerima dan menentukan samada patut ke syurga atau neraka. Tugas kita hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya.

Seorang abid yang beribadat selama 80 tahun pun dihumban ke neraka hanya kerana merasakan amalan yang dibuatnya cukup untuk cover satu dosa yang dilakukan beliau. Apatah lagi kita yang tidak lepas dari melakukan dosa. Janganlah kita yang baru menjadi baik sehari dua sudah pandai memandang rendah kepada tahap keimanan dan ketaqwaan orang lain seolah2 kita yakin 100% kita telah bersih dari segala dosa silam.

Pernah kita diperdengarkan dengan kisah seorang pemuda yang membunuh 100 orang, dan taubatnya masih diterima Allah. Kerana apa? Kerana beliau benar2 mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah.

Aku selalu ingatkan diri. Apa yang aku ada semua ni tidak kekal. Tidak boleh mendabik dada. Tidak boleh bongkak dan sombong. Semua ini hak Allah, rezeki dari Allah.  Pekerjaan, jodoh, kesihatan yang baik dan pekerjaan yang baik adalah rezeki  dariNya jua. Selalu juga aku peringat diri, bila2 masa sahaja Dia boleh tarik semula apa yang Dia telah kurnia.

Aku sentiasa sedar aku ini  hamba,  cukup masa semuanya aku harus pulangkan kembali kepada Yang Maha Kuasa , Tuan empunya alam semesta. Segala yang aku ada  hak mutlak Dia.

Adakah aku lebih baik dari mereka?

Tidak, sekali2 aku tidak pernah merasakan demikian.  Tidak walau sekelumit. Amalan aku, ibadat aku, biarlah hanya tuhan yang tahu. Maafkan aku kerana tidak memilih juban dan serban, ana dan anta sebagai gaya hidup aku.  Walaupun aku bukan hambaNya yang baik, tapi aku yakin, aku masih lagi seorang Islam yang sedang berusaha berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.

 

Titik

 

 

4 thoughts on “Adakah aku lebih baik dari mereka?

  1. kesimpulan : luaran yg cantik, xsemestinye dalaman jugk cantik…
    begitulah sebaliknye.. jgn mudah percaya dengan perwatakan yg ditunjukkan.. selamilah dengan lebih mendalam…

  2. Nice one! Betol wak! Kadang2 saya pk kenapa ada org mudah ambik kesempatan atas kebaikan saya. Bila susah..nak apa2 cari saya, bila senang tak dipeduli pun. Saya tak kata saya baik. Jahat jugak. Menolong, tp dibelakang tetap merungut, rasa penat & tersisih. Ntah pahala membantu tu terbang kemana pun x pasti. Saya pk apa masalah org mcm ni? Tapi, ada seorang hamba Allah nasihat saya.

    ‘Dina, jgn dipk kenapa org buat awak mcm tu! Awak muhasabah diri sendiri, mungkin ada dimana silapnya awak. Bukan silap awak terhadap org yg mengambil kesempatan tu, tp mgkin layanan awak terhadap org lain disekeliling awak. Awak buat orang, orang buat awak balik dina’

    Rupanya bila dipk2 balik, betol sangat! Jadi, kalau jadi apa2 skrg, sy xsalah kan org lain. Nilai balik apa yg salah kat diri sendiri…hehe

    So sorry wang…berjela mcm ‘blog’ sendiri plak… ‘blog slang kedah ok!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s