bicara hati

Selalu aku diperdengarkan soal persoalan hati. Berbicara soal hati, dari hati ke hati.  Bukan mudah meluahkan, bukan mudah juga mendengar. Mahu juga memberi pandangan, tapi takut tak terpandang butir bicara. Yang termampu,  hanya melontar persoalan ke dalam gelungan logik pemikiran aku dan mereka. Moga2 akan ada tercipta satu penakulan logik mantik,, sebab dan akibatnya.

Kerana apa yang penting ialah kita. Diri kita dan jalan yang kita pilih. Carilah seribu pendeta untuk mengutip pendapat dan mutiara kata. Pengakhiranya terletak di hati kita. Kita yang menentukan mahu ke kiri atau ke kanan. Kita yang memulakan, kita juga harus menyelesaikan. Mana mungkin satu permulaan tidak ada pengakhiran??

Kalau kita yakin, maka yakinlah. Moga2 putih akan tetap putih andaikata kita berada pada landasan yang betul. Tetapkan arah. Tidak boleh lagi mengikut arus pada saat genting sebegini. Kalaunya arus membawa kita k etempat yang kita mahu  tuju tidak mengapa, kalau dihanyutkan kita ke laut lepas?? Apa pula nasibnya kita?? Siapa yang hendak kita harapkan nanti untuk mengemudi balik ke dermaga dalam??

Kita kena pasti dimana kita mahu berpijak.  Tangan tidak diikat, kaki tidak dipasak. Kita lepas bebas memilih apa yang terbaik untuk kita dan masa depan kita. Orang lain hanya boleh bercakap, boleh nasihat dan boleh berkata-kata.

Pengakhiranya terjunjung dibenak kita sendiri juga. Pahit manis keputusan ditangan, kita juga yang harus telan. Suka duka kita juga yang akan menanggungnya.

Tekadkan hati, perjelaskan hala. Kalau tika itu ada detik rasa berkocak, yakinlah itu hanya kocakan biasa…yang tidak pernah akan menenggelamkan seluruh jiwa. Jangan pernah ada orang lain menuliskan ceritera untuk kita. Kerana ini adalah hidup kita, kitalah selayaknya mencorak rupa.

Benar jalan itu luas dihadapan. Terlalu banyak pula ketidakpastian sepanjang perjalanan. Namun, ketidakpastian tidak selalu perlu menjadi halangan. Iringilah kehidupan dengan doa dan harapan moga2 ada keberkatan dalam menjemput kebahagiaan.

Apa sahaja kemungkinan kelak kita harus redha dan pasrah. Kerana hidup kita adalah aturan Allah.  Sehebat mana kita mengatur langkah, Allah jualah tempat kita berserah.

4 thoughts on “bicara hati

  1. Semakin lama semakin banyak ujian yang datang,semakin banyak perasaan berperang, semakin banyak hati yang kecundang. Soal hati sukar untuk dimengerti,apatah lagi untuk difahami. Hanya yang pernah menempuhi pasti tahu gejolak di hati. Yang pasti,jalanNya terbentang luas untuk diterokai..dan kesabaran untuk mengharungi. Kun fayakun bi’iznillah..insyaAllah..

  2. ————-“Kerana apa yang penting ialah kita. Diri kita dan jalan yang kita pilih. Carilah seribu pendeta untuk mengutip pendapat dan mutiara kata. Pengakhiranya terletak di hati kita. Kita yang menentukan mahu ke kiri atau ke kanan. Kita yang memulakan, kita juga harus menyelesaikan. Mana mungkin satu permulaan tidak ada pengakhiran??

    Kalau kita yakin, maka yakinlah. Moga2 putih akan tetap putih andaikata kita berada pada landasan yang betul. Tetapkan arah. Tidak boleh lagi mengikut arus pada saat genting sebegini. Kalaunya arus membawa kita k etempat yang kita mahu tuju tidak mengapa, kalau dihanyutkan kita ke laut lepas?? Apa pula nasibnya kita?? Siapa yang hendak kita harapkan nanti untuk mengemudi balik ke dermaga dalam??”————————–

    ermm…i just read ur blog..tgk ada plak jiwangness….sekali baca apa yg awk post kat blog ni……tersentuh pintu hati dgn apa yang awk coretkan…..Selama kehidupan masih ada kita akan selalu dihadapkan pada pilihan pilihan dalam hidup. Setiap hari dalam hidup, kita selalu dihadapkan pada pilihan. Maka memilih menjadi sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita. Karena pada setiap pilihan terdapat akibat yang akan kita peroleh. Yang harus kita jalani dan kesannya akan kita rasakan cepat atau lambat. Yang akan menentukan bagaimana keadaan kita di masa yang akan datang. samada kita berjaya atau gagal..bahagia atau derita…kecewa atau gembira

    Namun, pilihan harus diputuskan. Kalaupun salah dan di penghujungnyakita temui kegagalan atau sesuatu yang tidak menyenangkan, kita harus tetap berani menghadapinya, ….

    huhuhuhuhu……cakap pandai kan…..tapi…dok sok sek sok sek smpai banjir….moga Allah sentiasa memberi kita semua petunjuk dan hidayah agar kita tak tersalah pilih…

  3. “Kerana apa yang penting ialah kita. Diri kita dan jalan yang kita pilih.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s