pagi yang cerah


ada dua tiga perkara yang terjadi kat aku hari ni, selasa 12/4/11 ( kira semalam la time entry ni ditulis)

 

Pertama; Aku cuba mengaplikasikan 85-15 rules in your life yang pernah aku baca.

Bagaimana?? Kisahnya apabila aku sedang mengharungi kesesakan jalan raya setiap pagi macam biasa kat area umah aku ni. Pagi ni, Tengah2 aku drive, nak masuk lane yang sepatutnya (lane dah bersimpang siur) ada satu keta dari belakang taknak kasi jalan.

Bukan aku tak bagi signal dan bukan jugak aku jump Q. Cuma aku berada di lane yang ketiga untuk masuk ke lane pertama yang akan membelok ke Putrajaya.  Biasalah bila dari 3 lane jadi 1 lane, memang la sardin jadinya. Selalunya dah jadi kebiasaaan org2 kat sini, akan bagi jalan antara satu sama lain.

Tapi pagi tadi ni,  ada satu mamat yang naik keta ‘besar’ tak nak bagi laluan kat aku. Dah la datang dari belakang. Terus ja himpit keta aku nak ke depan. Memang bongok giler. Otak memang lembu habis la. (keta buruk berani la himpit-cer keta baru…kan?)

Dah la himpit aku, siap usha lagi. Kira nak tunjuk samseng la. Yang bestnya dia tak hon lak aku, tapi dia rem keta dia kuat2. Udahnya ekzos besar lemari, memang tertoleh gak la aku kat sebelah.  Bangsa aku sendiri rupa-rupanya yang bodoh ni, berkepala botak konon2 crook,.. siap dok gigit2 pengcungkil gigi lagi. Yaks!!

Aku pun tengok dia balik dan aku senyum sambil angkat tangan. Dia macam pelik dan terus blah, tak jadi usha aku dah. Laaaa… tadi macam samseng gile. Kena senyum terus blah. Sah2 dia ingat aku minat kat dia. Ataupun dia akan kata ” taupun takut..”..

Biala dia nak pikir apa… yang penting aku simpulkan untuk diri aku sendiri bahawa;

Menda jem gila babas ni aku kena lalui hari-hari. Samada aku keluar awal ataupun lambat.Samada aku suka ataupun tidak, perangai pemandu kereta yang macam ni pun aku kena lalui hari2 juge.Time balik keja pun gini juge kekdahnya.

Ada yang potong q, ada yang potong kiri, dan macam2 lagi. Dulu memang aku marah, sakit hati, angin satu badan. Tapi semenjak dua menjak ni aku dah jadi malas nak berat2kan hati dan perasaan.

Aku pikir kenapa aku kena spoilkan mood aku pagi2, unnecessary, dengan perangai orang2  yang hampeh macamni. Kalau aku marah2 pun jalan tetap jem macam biasa. Driver2 kat jalan ni pun still macam chilake jugak.

Jadi aku ambil keputusan untuk senyum, positifkan minda dan teruskan perjalanan aku dengan hati yang lapang. Hasilnya aku menjadi ceria sepanjang hari. Kata ‘seseorang’, aku sekarang nampak lebih bersemangat dan ceria.

Well…aku banyak baca  buku self improvement. Dah overdose rasa-rasanya.  Tapi menda itu akan menjadi sia-sia kalau aku tak cuba untuk praktikkan kepada diri aku sendiri.  Kalau setakat baca ja, kan buang masa namanya. Hasilnya.. nan ado.

Perlahan-lahan aku belajar untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Kalau bukan untuk orang lain, cukup untuk faedah diri aku sendiri. Aku manusia biasa. Aku banyak silap. Tapi tidak bermakna orang lain berhak untuk menghukum aku selama-lamanya.

… perkara kedua dan ketiga aku rasa tak penting untuk aku ceritakan. Tapi masih juge memberi impak terhadap hari-hari yang akan aku lalui kelak.

Kalau korang ada masa, jengok2 la buku “the Ugly Duckling Goes to Work”. Cerita rakyat omputeh yang telah di’managementkan’. Bagus buat tambah input untuk elokkan diri dan memperbaiki organisasi. Recommended reading i supposed.

Cukup dulu cerita kita harini. esok2 kita cerita lain okeyyyy

gudnite!

 

Titik.

One thought on “pagi yang cerah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s