Rasa macam nak merajuk dan cerita tempat keja baru


Rasa macam nak merajuk tapi… pada siapa aku nak merajuk dan siapa pula yang akan memujuk. Apo-apolah Emzack.

.

.

.

Yang pasti hari ni first time dalam hidup, tenaga aku satu hari suntuk dibekalkan oleh sebiji karipap dan seketul kueh ketayap plus dua gelas teh o panas.

Betul la bos aku ni. Kuat keja macam lambat lagi nak pencen. Padahal bulan 7 ni dah bye2. Abih dilanggarnya lunch. Dah tu pulak lepas abis ja meeting trus pulak naik jumpa Big Boss, pastu turun balik sambung discussion.

Pukul 3.30 p.m baru dia stop kejap.  Tu pun pasal nak berenti semayang. Pastu sambung pulak rehearsal untuk satu majlis yang akan diadakan esok pagi. Pukul 6 baru setel semua-semua.

Bos aku ni orang lama. Tapi sangat humble. Suka share pengalaman2 keja dia sebelum2 ni. Maklumlah, dah almost 30 years in service. Sebelum bos2 muda take over, aku kena kaut banyak2 pengalaman keja dia. Bos2 muda ni lain macam sikit caranya. Maklumlah baru keja 15 tahun dah naik gred 54.

Macam juga kitaorang yang jadi KPP/KPSU muda2 ni. Bukan banyak sangat pengalaman pun.  Kalau setakat pengalaman 7-8 tahun ni tak payah nak eksyen la. Lebih2 lagi yang baru2 naik 48 ni.

Cerita bab kebuluran yang terjadi kat aku  tadi siang kan…Kalau kat opis lama boleh ja aku berlari2 kat cafe bawah tu mencari sesuap nasi.. in case terlepas lunch. Ni opis baru yang sangat asrama penuh. Bosan!!! Kena la ikut culture kat sini plak. Kena juga ingat2kan diri yang aku bukan lagi di Ministry. Bukan lagi buat operasi. Pelan2 la kau emzack sesuaikan diri.

Nampak gaya memang kena cepat belajar. Setakat dua tiga hari ni, nampaknya aku diterima baik disini. Rakan2 sejawatan, senior dan PP sangat membantu. Kena la aku buat homework sikit2. Kalau nak harap belajar kat opis semata2 memang tak sempat.  Banyak menda nak kena ingat, nak kena cover.

Pindah tempat baru ni biasa la, semua menda kena belajar dari zero. Seolah2 macam baru masuk keja. Tak tahu bukan satu jawapan yang baik bila ditanya, lebih2 lagi aku dah berada pada level ini.

Aku berdoa moga2 segala urusan dan pekerjaan aku sentiasa dipermudahkanNya sebagaimana selama ini Dia sentiasa mempermudahkan segala urusan aku. Amin.

 

2 thoughts on “Rasa macam nak merajuk dan cerita tempat keja baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s