baju melayu dan aku


pengumuman..Errr… entry jumaat lepas yang lupa nak publish.. sekian!

hari ini dalam sejarah… aku dengan terpaksa-rela…. menghensemkan diri dengan sepersalinan lengkap baju melayu ke tempat kerja. Apa ke hey nyerr Emzack oi ko berbaju melayu bagai nih??

Entahle… aku pun hilang akal jugak tengok diri aku sendiri. Kali terakhir aku pakai baju melayu g opis pun 2 tahun yang lalu kot. Tu pun saja2 nak amik ati KSU sebab dah dua tiga kali dia tanya aku kenapa tak pakai baju melayu hari jumaat..

Tapi kali ni, kat tempat keja baru… dah jadi wajibul-ghunnah. Dari top sampai la ke bawah, kecuali supporting staff, semuanya lengkap berbaju melayu. Kadang2 rasa macam hari raya plak. Kalau kat opis aku dulu, nak tengok orang ramai2 pakai baju melayu cuma time majlis sambutan hari raya ja.

Sejajar itu, aku pun kenalah pakai baju melayu jugak setiap hari jumaat kiranya jua. Adoyaiiii!!!

Pakai baju Melayu dari pagi sampai ke malam ni memang la sangat melecehkan. Nak ikat sampin ambik masa satu hal, mana sampin nak terlondeh satu hal, mana terkial2 kau nak ikat sampit balik satu hal. Sekali ikat kembang macam skirt, dua kali ikat jadi pinafore, tiga kali ikat dah jadi sarung padiyappa..

Tu tak  cerita lagi betapa payah nak  nak selak time nak kencing.. adoiii.. renyah. Nak kena tahan panas time g semayang jumaat toksah cerita la kan.

Sapela punya idea la dok soh pakai baju melayu tiap2 hari jumaat ni?? Pakai ke tak pakai ke janji keja jalan sudah la. Yang penting objektif tugas tercapai…kan??? Melayu aku tak ilang de kalau pakai kemeja, suar dan tie. Jauh lebih praktikal dan fleksible.

Tapi memandangkan aku dah masuk kandang kambing baru.. terpaksa la jadi kambing… embekkkkkkkk!!!

Jadinya.. terpaksa layankan ajerrrr!!!!

titik.

4 thoughts on “baju melayu dan aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s