Kenapa aku kerja di sini???


Kenapa hang masuk situ? hang mintak ka?

Persoalan di atas selalu ditanya kepada aku kerana mereka tahu aku sangat tidak menyukai agensi dimana aku bertugas sekarang..

Sejujurnya aku tak mintak ke mana2 pun selepas aku habis belajar haritu. Dan bukanlah sesuatu yang ‘hebat ‘kalau aku keja kat situ pun. Bagi aku, keja kat mana pun aku tak kisah. Kat agensi mana2 pun bukanlah menjadi preference aku. In fact aku tak demand apa2 langsung semasa aku melapor diri.

Sebagai penjawat awam, aku redah dan redha ja ke mana aku ditempatkan. Aku tak kisah sebenarnya se glamour mana sesebuah agensi itu pada pandangan orang lain. Kerana aku, sebagai penjawat awam, hanya menurut perintah..

Bagi aku, kemana pun Kerajaan menghantar aku bertugas, yang maha penting adalah sikap kita sendiri. Walau ke mana aku ditempatkan, aku harus bersedia untuk belajar sesuatu yang baru.Apatah lagi sekiranya aku telah melangkah keluar dari zon selesa.

Kerana bagi aku juga, pembelajaran dan pengajaran itu tidak harus berlaku hanya semasa kita berada di dalam kelas sahaja. Alhamdulillah, di sini, ditempat kerja baru, aku belajar banyak perkara yang baru. Suka atau tidak aku harus menerima keadaan kerja baru aku seadanya.

Tidak pernah sekali2 aku merasa hebat dengan apa yang aku ada kerana di atas aku lebih banyak orang yang jauh lebih hebat dari aku. Pengetahuan dan skill mereka jauh lebih bagus. Apalah sangat aku yang masih hijau dalam perkhidmatan awam ini.

Gred jawatan yang aku sandang, tempat di mana aku bekerja, Bahagian apa aku ditugaskan,.. bukanlah untuk aku bermegah2 dan membangga diri.

Apa yang mustahak dan yang paling utama ialah  tanggungjawab yang perlu aku pikul kerana ianya sebuah amanah. Aku sedar akan fakta itu dan aku akan sentiasa memperingatkan diri sendiri.

Apa yang aku ada hari ini adalah anugerah dariNya. Aku bersyukur dan aku akan selalu bersyukur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s