sebenarnya…


Sebenarnya aku nak update pasal trip aku ke Taman Negara Jerantut…. diulangi Taman Negara Jerantut.. dan Jerantut terletak di dalam Negeri Pahang.. yang kat KL tu ialah Zoo Negara wahai cik akauntannnnnnn.. adoi! tepuk dahi! dish!!!dish!

Tapi lappy aku lak wat hal. Nak upload gambar tak dapek. Tension sejenak!

Apa-apa hal pun, overall my trip was awesome. Tapi singkat sangat. Tak puas. Tu pulak aktiviti sangat pack seperti sepeket milo 3 in one.

First day sampai hari sabtu tu dah berkejaran ke kelah santuary, malam layan tengok rusa liar kat bunbun ( kalau setakat nak tengok rusa, kat UUM pun belambak aih!) Aku sebenarnya nak tengok kuda belang atau zirafah atau.. paling koman tenuk malaya.. Eh kejap, kuda belang???.. tu bukan ke kena tengok kat zoo negara…

Malam lepak sekejap kat unggun api sambil layan muzik2 rimba yang diadun dengan bunyi2 sumbang dari dalam khemah dimana penghuninya telah nyenyak ‘mereloh’

Esok pepagi dah menghulu sungai tembeling ke perkampungan orang asli kaum bateq yang sempoi. Kata boatman ni, dorang ni menolak pembangunan…. tapi duit dorang tak pulak dorang tolak ek?? Owh! aku sempat membeli sumpit di situ!

Pada masa yang sama jugak, nun di tapak khemah kami yang kosong tiada berpenghuni telah terjadi satu peristiwa yang menyayat hati dimana sorang CC (chief clerk)  telah menjadi mangsa seekor bab*. Memang betul la perangai macam bab*. Abih di kokaknya beg orang tu. khemah pulak pecah kena sondol.

Before tu dorang2 ni ada amik gambar bab* masa dia tengah lunch kat tepi camp site kitaorang.  Jenis jinak bab* sekor ni. Agaknya dia nak bermanja2 kot. Dasar bab* tak sedar diri.

Petang plak kitaorang tracking naik Bukit Terasek. Huh! macam nak tercabut sendi lutut. Ingat nak give up separuh jalan, tapi memikirkan PA bos aku yang umur 56, lepak je panjat sampai puncak.. abih aku yang muda belia ni soheh la tercabar keangkuhan… kan??? sampai kat atas sangat la tak berbaloi pasal kabus tebal dan tak nampak sangat pemandangan. Tapi worth trying la pada aku.

Lepas turun bukit Terasek ni kitaorang trus ke canopi walk. Humang ai….! memang tinggi dan menggayatkan. Kecut segala apa yang boleh kecut. 

aktiviti kitaorang abih dalam pukul 6 lebey dan bertolak pulang before isyak. Sampai Putrajaya pun dah lewat sangat. Esok pagi2 dah nak kena bangun awal, nak ziarah arwah batchmate aku yang baru meninggal ahad malam tu.

Well… after all, aku happy dengan program ni. . My boss pun seems happy, but a bit upset sebab tak ramai yang turn up. Takpela next time ada lagi bos.  Yang sedihnya hari aku gerak ke Jerantut, adalah hari yang sama dengan kawan aku accident dan hari aku balik adalah hari yang sama dengan beliau meninggal.

Owh! lepas je aku balik dari ziarah arwah on monday.. aku trus ‘pengsan’ zzzzzz sampai mlm. Bos call pun aku tak dengar. Uh! En Emzack sangat penat dan beliau telah sedar diri yang beliau sangatlah tidak fit!

InsyaAllah kalau ada rezeki nanti aku upload gambar.

5 thoughts on “sebenarnya…

  1. ‘segalanya’ bermula di sini kn?kn? errr..paling terbaek adalah sewaktu menerima kunjungan ‘tetamu tidak diundang’ yg menceroboh khemah kami..huu,menakotkan sajerrr

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s