jodohku dan cik sity masih panjang..


Pertama2 sekali aku hendak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya maka jodoh aku dengan cik sity masih panjang.

Malam kelmarin/Khamis malam jumaat kereta aku telah dipecah masuk di depan rumah aku sendiri. Area Seri Kembangan/serdang ni memang kawasan hotspot keta hilang.  Time kejadian tu, kitaorang satu rumah memang tak sedar. Kata jiran sebelah, anak dorang ada dengar bunyi orang buka-tutup pintu keta dalam pukul 4 pagi. Tapi dia ingat kitorang baru sampai rumah dari outing or dari kampung. Maklumlah budak2 bujang. Aku pun selalu ja sampai rumah dari kampung time2 cenggini.

Nak jadi rezeki, nasib baik aku pasang pedal break lock. Siap dalam pakej honda masa aku mula2 beli dulu. Kalau tidak dah selamat le keta aku. Memang struggle dorang nak bukak lock tu. Dorang give-up and decide tinggalkan je keta aku.  Tapi yang chilakenya.. abih dorang rosakkan wayar dan fius box keta. Agaknya sebab dorang marah tak boleh curik kot.

Aku sedar pun time nak pg keja. Bila buka je pintu keta, tengok2 dalam,  abih semua dah terbarai. Stereng dah hancur kena rongkah, bawah stereng wayar semua dah tarcabut2. Dalam keta berkecah dengan barang2 yang dorang selongkar. Wayar alarm dah kena potong, alarm sistem dan locking chamber stereng lock dah kena drill. Nasib baik jugak dorang tak pecahkan cermin. Cuma dorang kelepet aku punya roadtax, henfon dan thumbdrive je. Yang lain selamat lagi.

Rupa-rupanya dorang masuk keta aku tru boot belakang. kat situ ada wayaryang  connect alarm dan door lock system. Hasilnya kereta aku kena tido bengkel 2 minggu, dan NCB aku abis zero balik sebab aku terpaksa claim insuran. Kos nak baiki semua ni pun dalam anggaran 5 ribu.

Apa2pun aku bersyukur, daripada aku hilang sebijik kereta lebih baik aku hilang NCB je. Jadinya, patah kaki la aku selama 2 minggu. Dok umah je la jadi  muslimin sejati. Tak leh nak g umah kawan2 kenduri kawin cuti sekolah ni.

Terima kasih juga pada Mak Enchek yang terpaksa bercuti E.L sebab tolong membawa aku kehulu-kehilir daripada buat report, tunggu polis datang rumah, pegi opis amik salinan geran, telefon tow truck, kol  honda sehinggalah bawak aku pergi service center kat USJ. Daripada pagi sampai la ke petang baru setel semua urusan. Terima kasih sekali lagi.

Ni la jugak 1st time aku tengok forensik/penyiasat datang umah aku siap dengan gajet2 cari cap jari tu. Memang tak jumpa la cap jari melainkan cap jari aku. hu!hu!hu!.

Malam tadi bila aku pegi balai buat tambahan report (sebab baru tersedar road tax hilang), ada sorang kapel ni dok tunggu turn nak buat report sebab keta dorang pun hilang depan rumah., pun dalam area serdang/seri kembangan jugak. Cumanya kereta dorang lagi mahal la, estima.

So kawan2, invest la sikit untuk pasang extra lock kat kereta. Make sure original dan berkualiti. Mahal sikit takpe asalkan berbaloi. Bukan apa, kita tak tau bila perkara2 macam ni akan terjadi walaupun memang kita sentiasa mintak dijauhi. Bila dah jadi gini kat aku, tetiba aku rasa tak selamat berada di bumi sendiri.

Kata kakak aku, Alhamdulillah, rezeki berkat susah payah nak beli sebijik kereta maka tuhan akan pelihara. Orang2 yang hilang kereta tu  bukanla sebab rezekinya tak berkat, tapi Allah nak uji.. Terima kasih tuhan. Ni pun ujian Allah terhadap aku jugak.

Syukur

p/s: to sayangku sity.. i’ll be missing you for this couple of weeks.. I  hope the Mr mechanic will fix you well.

miss you a lot.. huhuhu

3 thoughts on “jodohku dan cik sity masih panjang..

  1. InsyaAllah dengan keberkatan titik peluh berkenaan, Allah s.w.t sentiasa memelihara dan meredhai jodoh anda berdua.Apa2 yang berlaku adalah juga dengan izinNya.

  2. ni umah sewa yg lama tu ke? serius, terkejut + takut plak dgr..syukur la penyamun tu tak dpt angkut keta sama…apa2 pun sabar la eh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s