Hari Lahir Mama di Bulan Ramadhan


delayed post: dated 8/8/11

Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh barakah. Semua orang pun tahu yang tu. Tak payah bagitahu. Pejam celik, pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. Terasa macam baru semalam aku lafaz niat untuk hari pertama.

Bila berpuasa sorang2 camni mulalah teringat zaman dolu2. Teringat kat mama. Teringat waktu puasa bersama mama. Nak-nak pulak hari ni hari lahir mama.  

Biasanya kalau tarikh ini aku sudah berada dikampung.  Kalau aku tak dapat pulang sekalipun, pagi-pagi lagi aku akan pastikan aku menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir.

Bila aku beli kek, yang paling seronok adalah cucu-cucu dia. Tapi bagi mama, ingatan dan ucapan untuk dia dari anak-anak sudah memandai. Setiap tahun jugak mesti mama menangis bila terima ucapan aku. Aku tahu mama menangis gembira.

Ini adalah puasa kedua aku tanpa mama. Biasanya, waktu mama kuat dulu, petang2 mesti dia buat kueh. Aku pulak selalu jadi tukang hantar kat jiran2. Mama pandai masak. Macam2 kueh dia masak. Mama suka share kueh2 dia dengan jiran even bukan dalam bulan puasa sekalipun.

Mama memang suka masak. Sebab anak2 dia suka makan masakan dia. Tapi aku tak berapa dengan nasi. Aku lebih suka ratah lauk. Sampai sekarang pun aku suka lauk-pauk yang banyak.

Kadang-kadang dia akan masak sup sayur campur macaroni, which is my favorite. Itu adalah teknik nak kasi aku makan sayur. Sebab aku tak suka sayur.

Tapi semua tu tinggal kekal dalam memori aku. Memori antara aku dan mama. Memori aku yang selalu  menjadi anak yang nakal dan degil. Aku yang selalu menumpahkan air mata mama.

Walaupun mama dah tak ada lagi bersama aku, kata-kata dia sentiasa menjadi azimat untuk aku terus kuat.

“Tiada apa yang mampu mama beri kecuali pelajaran. kalau mahu ambil…ambillah.. kalau tidak mahu, mama tak boleh nak paksa. Hanya pelajaran yang mampu mengubah nasib hidup kita”

Sumpah.. sampai mati pun aku tak akan lupa kata-kata ni. Terima kasih kerana memberikan aku asas kehidupan yakni pelajaran. Dengan pelajaran ini maka aku berjaya membina platform hidup seperti sekarang. Alhamdulillah, platform yang ada, cukup sekadar keperluan aku dan mungkin juga ‘dia

Mama mungkin telah tiada… tapi dia sentiasa hidup dalam diri aku.

Selamat hari lahir mama. Paksu sayang mama sampai syurga. Ampunkan Paksu dunia dan akhirat. Redhakan hidup paksu. Paksu tak mahu jadi anak  derhaka.

Demi Allah.. Paksu rindu mama…

8 Ogos 1937..

Al- Fatihah.

3 thoughts on “Hari Lahir Mama di Bulan Ramadhan

  1. Selamat Hari Lahir untuk arwah mama awak… Saya doakan agar dia sentiasa damai di sana dan sentiasa diiringi dengan doa dari anakanda tercinta yang amat merinduinya sentiasa… Al-Fatihah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s