iftar siri 2


pengumuman: ini adalah entry yang terlupa nak publish.. memandangkan aku telah terlanjur gigih menulis bulan lepas maka aku memutuskan untuk publishkan juga… layannnn

 

sabtu dan ahad yang lalu aku iftar kat rumah ja. Tak terasa nak kuar mana-mana. Tapi seperti biasa makanan kat Param ni memang mengechiwakan. Memang tak berkat betoi rezeki korang menipu bulan2 posa ni. Berikut merupakan diari iftar sepanjang 2 minggu yang lalu

Selasa: 16 Ogos 2011

Lokasi: Abang Cafe, Saujana Prima .

Review: Malas nak komen. Aku nak buat kesimpulan je. Kesimpulannya ialah ayam penyet dan bakso di situ adalah hampeh. Bazir minyak  keta ja travel all the way from Putrajaya. Patut la takde orang iftar kat situ melainkan aku.  Wahai JD, ku kuchiwa taw. Indah khabar je Abang cafe hang nih.

Bukti:

Tengok la sendiri. Sesok dado den nengok eh ayat penyet yang dicolup topung… raso eh takyah den cito de.. Hadoi la… Sapo ajar ekau  masak ayat penyet ghupo ni jang oiiii!!!

Rabu; 17 Ogos 2011

Lokasi: MAEPS Serdang

Review: Makanan dia not bad. Buffet style. Banyak juge le pilihan.  Rega less than RM50. Cuma yang kurengnya ialah  manusia yang nak berbuka  tu ramai sangat. Tu tak masuk perangai2 manusia  yang macam kebulor tak makan setahun. Ambik makanan berebut2 macam pelarian.  tempat duduk pun sesak dan banyak lalat + panas sebab takde kipas kat dewan tengah. Overall kalau anda  jenis makan slow and steady (bukan stok melantak nasi sebumbun time berbuka, then bersandar kenyang macam ular sawa), buffet kat sini tak sesuai untuk anda.

Khamis; 18 Ogos 2011

Lokasi: Wong Solo; Bangi

review:  Aku rasa ramai dah review pasal Wong Solo ni. Tapi this time aku try pece lele je. Dah patah hati dengan ayam penyet wong solo ni. Tidak mencapai standard ayam penyet tekak melayu macam aku.  (memang la, ni kan makanan jawa). Member sepeleseran sorang lagi amik ayam. Tapi ayam dia pun dah makin comel termasuk la tempe dan tauhu tu yang turut terlibat sama semakin mengecil . Dalam kes aku hari tu, tempe tak sampai2 sehingga dipertengahan makan. Tengah menggoreng katanya. Walau bagaimanapun, sotong celup tepung kat Linda Kuala Perlis masih yang terbaekkkk setakat ni.

pece lele
sotong goreng tepung

Jumaat; 19 Ogos 2011

Lokasi; Umai Cafe, Putrajaya

Review; Nak cita apa kemendanya. Makan free pasal ada majlis iftar Jabatan. Orang toksah cakap la punya ramai. Aku dapat makan pun  lepas maghrib je.. Pasal waktu nak berbuka sesak gila dengan manusia dok bergasak nak amik makanan. Seperti biasa aku telah membelasah kambing bakar kaw-kaw punya sampai tido malam tak pakai baju.

Sabtu; 20 Ogos 2011

Lokasi; Auntie Anne’s Pretzel  Sunway Pyramid dan Mamak Haji Tapah Equine

Review:  busy shopping sampai tak hengat doniaaaa. Last-last bukak posa dengan aunty anne’s pretzel chocolate stix ja sebab semua tempat da penuh.  Malam sambung shopping laaaagiii. Sakan hang emzack. Tu yang last2 layan chis nan kat haji tapah kat umah aku tu  je jawabnya… Dah tu semua kedai kat dalam tu dah tutup…. huhuhu

 

Ahad; 21 Ogos 2011

Lokasi; PARAM Serdang

Tujuan; Mencari ayam bakar yang aku hanya sempat beli time cuti je. Time hari keja 5.30 dah clear.  Tu pun setelah patah hati The Mines black  out. puas tunggu tak nyala-nyala jugak trus aku blah ke bangi sebelum menyimpang mencari rezeki di PARAm serdang ni. Sebaek kat Mines Black out, kalau tidak soheh terbang seratus dua kat situ…

Isnin: 22 Ogos 2011

Lokasi; Seoul Garden

Review: Makanan dia not bad  sebab ayam2 dan daging untuk di grill semuanya telah diperap. Even pilihan makanan tak banyak sangat tapi rasa makanan kat sini lebih sedap dari redwok, Bangi. Aku, seperti biasa  telah menggunakan segala skill yang ada untuk memanggang kambing dan ayam yang telah terkorban itu..Maklumlah peminat tegar kambing la katakan… tapi bukan juga kambing yang sedang makan rumput ditepian jalan itu. kekekeke 

 

Selasa: 23 Ogos 2011

Lokasi; Marriot, Putrajaya

Menu: macam-macam ada…..

Review:  Seperti tahun-tahun sebelumnya, memang happening. Makanan dari hujung ke hujung. Apa-apa hal memang aku terkam kambing golek dulu. Lepas-lepas tu baru la aku menjenguk ke stall-stall yang lain cam gerai sushi, pasta, lauk pauk, indian food segala bagai dan lain termasuk gulai kawah dia yang femes tu. Ini baru buffet gua cakap luuuuuu.

Rabu: 24 Ogos 2011

Lokasi : Uptown DU

Menu: Udang butter, Chicken chop, crispy cream donut, aunty anne’s pretzel..

Review: ni la first time bukak puasa sekali dengan bersahur. Sebab tersilap jalan punya pasal. Malam ni aku ingat nak makan chicken chop je pasal malas nak amek makanan heavy sebab dah lewat sangat. Tetiba ternampak pulak menu udang butter kat satu gerai tuh. Secara tak sengaja aku telah teroder dan akibatnya ialah aku terpaksa menapau untuk digunakan bagi makanan sahur. Nasib baik habis taww. kalau tidak rugi duit teman…

khamis: 25 Ogos

Lokasi: Sunway Pyramid

Lokasi: Mr Tempayaki

Menu: Chicken tempayaki (sebab meat dah habis + air cincau.)

Review: Malas nak review sebab makanan tak sedap dan servis yang hampeh…pangkah!!!!

Jumaat: 26 Ogos

Lokasi: Subway Carrefour Subang Jaya

Menu: Tak ingat nama pasal panjang sangat

Review: Layan je sebab lapar dan nak cepat pasal takot kedai kasot tutup kat Subang Parade. Huh Jauh tu aku sopping sampai ke sini…

turkey ham

Sekian dan Selamat Hari Raya … Maaf Zahir dan Batin…

Jumpa lagi lepas raya…till then… babaiiiiii

One thought on “iftar siri 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s