perjalanan merepek di hari sabtu


Di suatu petang semasa aku sedang membuka kunci untuk memasuki buat kali pertama ke dalam rumah baruku… tiba-tiba..

Sesuatu gegaran telah berlaku.. Aku tertanya-tanya apakah gegaran itu..  Lalu aku memberanikan diri memasuki rumah itu dalam keadaan tersengeh-sengeh (maklumlah,seronok dpt kunci rumah baru).. walaupun ketika itu hati berdebar-debar..

Di dalam rumah itu aku dapat  rasakan gegaran semakin kuat. Aku cuba bersembunyi disebalik  tangga kerana ternampak akan aku suatu kelibat yang menyeramkan dengan rambut ala-ala bob marley..

Merasakan keadaan tidak selamat maka aku cuba untuk berlari keluar dari situ demi mencari tempat yang lebih selamat..

Tiba-tiba satu cahaya yang terang telah menyilau mata aku. Seorang ataupun seekor makhluk asing telah menceroboh masuk ke dalam rumah aku. Beliau yang ganas itu telah cuba menculik aku. Namun mengetahui aku hanyalah seorang anak yatim, maka beliau pun mengambil keputusan untuk membebaskan aku kerana bagi beliau menculik aku adalah suatu yang mengabehkan boreh beliau ajerr.


Walau bagaimanapun sudah tertulis dilahirkan bersifat nakal.. demi  untuk melampiaskan nafsu nakal beliau maka beliau dengan kejamnya telah juga membuat keputusan untuk menculik aku. Dengan niat mala fide hendak mensabotaj, beliau telah mencampakkan aku di afrika tengah..

Aku pun tak tau apa yang mamat makhluk asing ni tak pueh hati sangat dengan aku sehingga sanggup mensabotaj aku sedemikian rupa. Dengan susah payahnya aku telah terpaksa bermusafir lebih daripada dua marhalah untuk kembali ke tanah air tercinta ini. Sepanjang perjalanan di perantauan  itu, sempatlah  juga aku berposing barang sekeping dua gambar buat tatapan sanak saudara dikampung halaman.

Menyakini aku telah memasuki negara orang secara haram maka aku berusaha untuk kembali ke tanah air dengan secepat mungkin semata-mata untuk bersama-sama rakyat berbilang kaum menyambut Hari Malaysia..

Semasa  di dalam perjalanan itu juga, telah terjumpa akan aku mamat turki yang jual ais kerim turki. Dengan selambanya aku berjaya mengepaw barang se scope dua ais kerim beliau bagi menghilangkan lapar dan dahaga. Sempat juga aku mengambil gambar kenang-kenangan bersama beliau dan suku sakat beliau yang membanting tulang mencari rezeki sesuap nasi.

Setelah sepurnama berjalan maka sampailah aku ke benua siam. Telah singgah akan aku di sebuah restoren yang di panggil wichuda, berlokasi  dekat2 area Damansara Utama, Selatan Thailand. Walaupun makanan di restoren ini tidaklah sesedap mana, tapi dapatlah jua ia menghilangkan kebuluran aku setelah berjam-jam tidak menjamah makanan.

berjayakah aku sampai di tanah malaya.. ??? kita tunggu episod seterusnya…

4 thoughts on “perjalanan merepek di hari sabtu

  1. dah baca… dan sangat merepek! kekekeke!! tahniah kerana berjaya mempergunakan semua gambar yang ada dan mewujudkan satu jalan cerita yang menghiburkan orang ramai.. haha!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s