mahu berkecil hati.. tetapi seolah-olah sudah mati rasa…

mahu berjauh hati… tetapi siapa yang mahu ambil peduli..

Suka, di kutip,,, tak hendak, dibuang..

mungkin lebih elok aku diam mendiam… di lubuk taakulan hati.

titik.

5 thoughts on “

  1. Sayang,

    bukan itu nawaitu di hati..
    jauh sekali untuk dibuang ke tepi..

    Namun,
    hamba yang naif ini..
    terlalu rapuh hatinya untuk memahami..
    menerima hadirnya “insan lain” yang turut sama menakluki hati itu..
    amatlah pedih rasa biarpun bukan fizikal deraannya..

    Kerana,
    Hati ini tidak terbisa untuk luka pada kesekian kali..
    Hati hatilah menjaga hati
    Bila ia mati, sangat sukar untuk diubati lagi..

    Hati hatilah hati.

  2. ia,
    bukanlah semata-mata sajak..
    mahupun madah pujangga..

    ia,
    getusan suara sekeping hati..
    lahirnya dari hati tulus nan satu..

    p/s: Haaa..jgn terkezut, bila hati sudah mula berbicara..seloka pantun semua terkeluar (“,)

  3. aneh bukan? satu rasa yang pernah dialami

    oleh kamu, aku, dia, dan sesiapa jua

    kerana itu…jagalah hati insan di atas dgn hati-hati

    jaga hatinya sepertimana kamu inginkan hatimu dijagai

    bajai hatinya sepertimana kamu inginkan hatimu dirindui, disayangi, dikasihi, dicintai, dihormati

    jangan biarkan pisang berbuah dua kali untuk kesekian kalinya

    kerana dia terlalu baik untuk kamu, lebih baik daripada siapa-siapa yang pernah hadir dalam hidupmu

    bilamana kamu dan dia saling menghargai, setia lah setiap masa

    jangan biarkan bunga dan kumbang lain cuba mendekati kamu dan dia

    kerana kemanisan itu hanya tercipta untuk kamu dan dia

    dan bila tiba masanya nanti…perkhabarkan aku di sini dengan berita gembira

    kerana aku sentiasa mendoakan kebahagian kamu wahai sahabatku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s