bau jasmin


Hari ini bilik opis aku berbau jasmin sebab aku letak pewangi cap glades perasa bunga melor. Walaupun bau dia tidaklah sesedap bau bunga melor asli, tapi baunya tetap bau bunga melor.

Bau bunga melor membuatkan aku teringat arwah mama. Sebabnya mama suka sangat bunga melor. Kat rumah kami dulu ada sepohon  melor. Pokok melor ni  arwah abah yang tanam. Elok lagi hidup sampai harini. Bunganya dah tak banyak. Maklumlah, pokok  dah tua. Arwah abah meninggal pun dah 27 tahun. So sendiri mau ingat la berapa tua pokok melor tu.

Pagi-pagi lepas subuh mesti mama kutip bunga melor. Nantinya, bunga-bunga tu  diselitnya di tepi atau di celah  lipatan baju ataupun telekong dia.

Waktu kecik-kecik, lepas mama abis semayang, aku mesti  baring atas riba dia. Baring  sambil tunggu dia abih wirid dan doa. Sebab aku suka bau telekong mama. Bau bunga melor. Aku rasa itulah tempat yang paling selamat didunia. Berada dalam ribaan mama.

Kata orang bau melor ni macam bau ‘keling’. Takpelah kalau bilik aku bau macam ‘keling’ sekali sekala. Orang tak suka, tapi aku suka. Sebab bau ini akan ingatkan aku pada mama. Ingatan yang tak pernah putus. Selamanya.

Duhai mama,

Termampu anakanda hanyalah sekadar kiriman doa. 

 

titik.

4 thoughts on “bau jasmin

  1. Air pasang pagi surut pukul 5
    Nyonya bangun pagi siram pokok munger
    Pokok munger melor tanam tepi kolam
    Itik bertelur ayam mengeram…

    Hahaha..saje merepek..

  2. itulah sebaiknya sayang, kiriman doa seorang anak soleh (khazanah yg tidak ternilai) kepada kedua ibubapa nya..insyaAllah, bahagia mereka di alam sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s