kata orang dulu-dulu


kata orang dulu-dulu, kita ni jangan jadi macam kelkatu.

Asalnya  ditempat gelap dibawah tanah. Bila dah dapat sayap, terus-terus nak terbang ke arah cahaya. Malangnya cahaya tu pulak membakar sayapnya.

Tu pengamatan orang dulu-dulu bila kelkatu galak menghurung api jamung/lampu minyak. Skang dah modern. Kelkatu hurung lampu elektrik ja. Takdak efek, kecuali kena makan dek cicak yang melepak dilampu tu.

Macam tu juga kita, manusia. Kadang-kadang kita rasa kita ni dalam kegelapan. Lepas tu, ada orang datang yang kunun-kununnya bawa cahaya. Kita pun dengan konfidennyaa terpa pi kat cahaya tadi tanpa usul periksa. Al maklumla dah lama berada dalam kegelapan.

Tapi rupa-rupanya cahaya yang sepatutnya menerangi, rupanya api yang membakar.

Ataupun, dek kerana terangnya cahaya, tersingkap pulak cacat cela kita yang selama ni tersembunyi. Dah pulak nampak dek orang kelemahan kita sana sini.

 Walau apapun, aku rasa keberanian yang jitu boleh membawa kita mengharungi sebuah cahaya tadi dengan penuh yakin. Samada ia  menerangi, membakar atau mendedahkan lagi kekurangan kita  merupakan sesuatu yang perlu kita hadapi. Sekurang-kurangnya kita ada keberanian. Dan keberanian itu harapnya dapat melindungi kekurangan yang ada pada kita sebagai manusia biasa.

apa-apalah…

titik

One thought on “kata orang dulu-dulu

  1. dan tiada pula manusia yang sempurna, sesempurna Al-Amin..
    pastinya jua terdapat kelemahan di sana sini..
    resam seorang hamba bergelar manusia..

    namun, selagi kudrat berterusan diizinkanNya..
    ayuh kita perguna sebaiknya..
    moga kamu,aku,dia dan kita semua..
    diberikan keberanian di setiap jejak langkahan kita menujuNya.

    insyaAllah, ameen =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s