disalah tafsir pula… haihhh!!


Al kisah petang lepas, aku  mendapat satu kol dari seorang kawan..

kawan: “hang baca dak blog dia dak?”

Aku; ” tak pulak..pasaipa, lama dah aku tak baca blog dia?”

kawan; ” hang baca sendiri la”

lepas baca…..

Kawan:” awat dia tulis macamtu??”

Aku : ” mana aku tau.. agaknya dia ingat entry aku before ni pasal dia kot”

Kawan: “la… Awat dia terasa pulak”

Aku: “Entahla.. tapi aku mesti dia rasa pasal sms tu la kot..”

penceritaan ini disambung di kedai kopi…..

*******

bila aku bukak blog tersebut.. termengucap panjang..

Banyak kali aku pikir. Nak menulis atau tidak….nak menulis atau tidak. Tapi kalau aku tak menulis, kang di salah tafsir pula. Kalau aku menulis, nampak macam berbalas pantun pun ada. Nampak macam defensive. Nak mintak maaf, nampak macam apologetic, walhal aku tak rasa aku buat salah kat sapa-sapa.

Cerita ni timbul susulan entry aku sebelum ni..

Cerita yang timbul dari beberapa kiriman sms yang aku terima.. yang pada aku just a friendly gesture.

Dan ironiknya.. aku tak pula terpikir nak tuju kat sapa2. Entah kenapa ada pula yang terasa hati bila membaca. Nak kata  pedas termakan cili, cilinya pun tak ada.

Ayuh kita bukakan minda orang yang tersalah sangka ataupun yang terasa bahawa entry aku tu ditujukan KHAS untuk diri dia. Padahalnya terbitnya entry kelkatu tu asalnya daripada sebuah cerpen yang pernah aku baca yang sedikit sebanyak menyentuh apa yang terjadi pada aku dan disekelilingnya.

Konpius sekejap aku.

Bagi aku mudah, tak payah nak penat2 hati simpan perkara-perkara syak wasangka, sakit hati, dendam bagai sedangkan benda tu hanya merosakkan  lagi hati kita.

(Kang aku cakap lebih2, ada orang kata aku perasan bagus, belagak alim..)

..Tidak ada konsep karma, tidak ada konsep nirwana dalam Islam..  Semuanya datang dari Allah. Samada ianya sebagai ujian, dugaan ataupun kafarah, yang disegerakan kepada kita atas dunia.

Bila aku terima sms haritu pun aku berlapang dada.. Sedikit pun tak ada rasa apa2… Malah aku bersangka baik pula.

Tak terlintas langsung pasal adanya retak atau runtuh rumah (tangga) sapa-sapa. Takan kerana sebuah sms sampai ke situ pulak perginya. Hati aku yang sakit dulu pun dah lama baik dah. Dah lama dah ,bak kata Tun M. Di rawat dengan baik oleh ehem!ehem! (errr sakit tekak pulak).Hidup aku pun bahagian, kenapa kalau orang lain bahagia,  aku nak kena sakit hari pula??

Bendanya dah lepas, bukan boleh patah balik.Yang boleh aku buat, ambil pengajaran daripadanyanya… sebahagian dari pengalaman hidup.

jangan kita jadi macam sesetengah orang yang kalau ada something wrong dengan diri sendiri, orang senyum kat kita pun kita ingat orang tu perli kita.

Kan aku dah ‘berbaiah’ dengan diri sendiri tak nak lagi mengata/menyakitkan hati orang melalui tulisan aku.

Nak tulis keburukan ‘orang’ memang mudah. Kutuk sana, mengata sini.. Prejudge orang tanpa usul periksa pun semudah ABC.

Masing-masing dah dewasa. Cukup-cukuplah. Dunia ni kecik.. dendam ngan orang tu, dendam ngan orang ni.. tak kesudahnya. Kita ni bukannya makin muda.. Dunia aku pun bukan tentang aku dan dia saja.

Sebut pasal kutuk mengutuk dan benci membenci ni pun, aku terpikir We never know, satu hari nanti mungkin kita terpaksa bersemuka dengan orang yang kita benci atas apa urusan dunia sekalipun.. apatah lagi urusan akhirat.

Hakikat kita sebagai manusia biasa. kalau tak boleh selalu, sekali sekala kena muhasabah diri juga.

kata ostat aku “kalau nak doakan orang lain.. doalah yang baik2.. kalau tidak, jangan doa langsung.. jauh sekali aku nak doakan celaka apatah lagi doa runtuhkan rumahtangga. Nauzubillah.

Nak bersahabat dengan aku..dipersilakan.. Nak berkawan dengan aku… dialu-alukan. Kalau tak sudi pun terpulanglah pada siri tuan empunya badan. Siapa aku nak paksa-paksaan.

Syukur pada Allah yang memberikan aku kekuatan untuk  moved on and I act like one..

apa-apalahhh

titik

 

2 thoughts on “disalah tafsir pula… haihhh!!

  1. sapo plop make cili nih??

    Baca blog nih buke untuk sakit menyakiti (cehhh), tapi suko2 jah.. Tp kalu ada ore nak trasa, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya skali.. full stop…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s