dari kerana mulut…


Orang tua-tua dah lama pesan. Suh jaga mulut tu baik2. Kerana mulut, badan boleh binasa.

Tapi rupanya ramai yang tak ambil iktibar. Ramai yang rasa kebal bila bercakap hal buruk pasal orang. Al maklumlah, bercakap aka mengumpat hal orang adalah perkara yang paling sedap selain makan free..

Kalau orang yang diumpat tu diam ja… Wallaweyy. Heavennnnnn!!! Kononnya telah mencapai satu kemenangan yang besar.. dan kononnya umpatan mereka itu adalah benar belaka.. Biarla dia rasa hebat di atas kemenangan tersebut… yang penting melimpah-limpah la hendaknya pahala dorang kat orang yang diumpat tu.

Kat sekeliling aku pun ramai orang yang bermulut sebegini. Kalau si Azwan ali, dia panggil orang-orang ni sebagai mulut longkang. Bunyi agak kasar la.. Tapi nak buat macamana dah fitrahnya mereka begitu.. agaknya, lahir-lahir lagi  dah bau longkang mulut tu.

Nak suh orang tutup mulut-mulut cenggini ni memang tak la. Kalau nak suruh aku tutup pun.. mesti aku taknak punya.. bukan sebab takot nak bergaduh ngan dorang ni.. tapi sebab busuk… bau longkang.

Paling memudaratkan.. bukan sahaja mulut mereka berbau longkang yang boleh meloyakan sesiapa sahaja yang mendekati… tetapi bahaya fitnah dan nasi tambah dalam penceritaan dorang boleh mengaibkan orang lain juga. Malahan boleh menimbulkan sengketa.

Orang macam ni, kalau dapat kita jauhkan.. elok la kita jauhkan. Bukan setakat kita terpalit bau busuk, dengan kita-kita sekali dapat dosa free.

Mungkin orang-orang begini kalau mengata orang, mereka rasa mereka dapat menunjukkan kehebatan sejati mereka. Rasa lebih gah dan berkuasa. Mungkin…

Rasa macam rugi ada ijazah bergulung-gulung tapi tidak pandai menjaga tutur kata.

Kalau ada pada pandangan mata kita sesuatu yang tidak elok, daripada kita mengumpat mengeji, mejatuhkan air muka orang, mengaibkan orang sana sini.. kan elok kita amik pendekatan tegor secara berhikmah… 

Kalau dia nak dengar dan berubah, kita dapat pahala. Kalau dia tak nak dengar, tanggunjawab kita berdakawah dan mencegah kemungkaran dah terlepas.

Kalau kita  claim kita alim ulamak, warak dan berketurunan baik-baik, tapi cara dan pembawaaan kita membuatkan orang tak mau mendekat pun tak guna juga. Apatah lagi nak tumpahkan rasa hormat.

Takpala, nak cakap lebih-lebih kang, cakap tak serupa bikin pulak. 

Apa-apa berita yang di bawa kepada kita, eloklah kita selidik dulu. Kadang-kadang pandangan mata boleh mengelirukan minda… apatah lagi mendengar berita yang belum tentu sahih nya.

Apa-apapun, tujuan aku menulis ni sebab nak memperingat diri sendiri. Sat lagi ada pulak yang terasa aku kata kat orang tu kata kat orang ni pulak. Kalau ada yang terasa memang sahla anda tergolong dalam orang seperti mana tulisan aku. kalau tak… rileks sudaaaa..

Mungkin aku juga perlu memperingatkan diri aku, orang di situ dan orang di sini  bahawa skop kemungkaran dan perlakuan maksiat turut dipanjangkan kepada perlakuan mengumpat orang lain juga.

(kalau tak percaya… sila tanyalah ustaz)

Muhasabah diri sendiri adalah yang terbaik…

Tengok diri sendiri sebelum memburukkan orang lain..

Kalau tak suka orang membuka aib diri, jangan suka mencari aib orang lain..

TERBAEKKKK bak kata tok ayah boboboy..

One thought on “dari kerana mulut…

  1. sapa makan cili terasa la pedas..cer makan gula2 ke, lolipop ke…maniss punyerr.!! (kn mr.emzack =p).masing2 dah cukup dewasa nak fikir baik buruk sesuatu itewww..apa2 pun kalau betul seketul daging iteww sifatnya baik, maka baik jugalah seluruh jasadnya..itulah dia, enchek ‘h.a.t.i’..renung2kan dan selamat beramal (pesanan utk diri sendiri juge)..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s