PELIK LA HATI NI


Pelik sungguh hati ni..

Selalu berjauh hati dengan orang yang selalu dekat di hati

makan hati, sakit hati, berdarah dihati..

perkara biasa jika ‘berbuah hati’

Jika dalam diri tiada lagi berhati, ini maknanya hati sendiri telah  dicuri  oleh orang yang mencuri hati..

kalaupun hati dicuri, masih boleh berhati perut lagi..

Bila hati mahu berkata, di kata pula ikut hati mati…

Itulah peliknya tentang hati..

Yang dekat itu terasa jauh.. dan yang jauh itu berbuah di hati…

Penat sudah menjaga hati,

berhari-hari berhati-hati dengan hati..

rasa hati di dalam hati..

..hanya tuhan jua yang maha mengetahui.

3 thoughts on “PELIK LA HATI NI

  1. benar…hanya tuhan jua yang maha mengetahui, pelbagai rasa di hati ini..
    kasihan sungguh pada mu wahai sang hati..
    bersabar dan teruslah tabah di jalan ini..
    mudah2an bahagia menanti..
    insyaAllah..

    ameen.

  2. Sesungguhnya hati ini sifatnya pelbagai… mudah tersentuh dan mudah merasai.. tak kurang juga mudah terasa dan mudah berkecil… Meskipun orang selalu berkata ikut kata hati mati, tak kurang juga yang menyatakan bahawa “ to be and feel alive, is to follow your heart”. Dan saya lebih prefer to follow the latter… with a pinch of salt… Oleh itu, dalam membuat sesuatu pertimbangan, berbicaralah bersama antara akal, hati dan perasaan… tanyalah diri, yang mana yang lebih memberi rasa kepada hati ini… supaya hati tidak perlu berpenat lagi… dek kerana terlalu berhati-hati menjaga hati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s